TOUR MERDEKA – HARAPAN BARU ANAK MUDA MALAYSIA

Program ini menampilkan Puteri Reformasi yang menjadi ikon anak muda Malaysia. Tour Merdeka akan bermula di Cherok To’kun, Bukit Mertajam dan berakhir pada 23 Ogos 2008 di Lembah pantai

Debat, Menteri Kena Rembat Dengan DSAI

Pandangan selepas menonton DEBAT

Menonton Debat ‘Live’ antara DSAI dengan Dato’ Shabery memang saya akui mulanya saya rasa agak mendebarkan. Takut juga apa yang Umno dah ‘standby’. Tak tau apa yang puak2 Umno nak hentam DSAI.

Tapi, bila start je dengan ucapan aluan dari Si Shabery, dah tau memang puak2 Umno ni nak malukan DSAI dan hentam peribadi beliau saja.

DSAI plak starting dah fokus on isu nak turun harga minyak..

Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi memang kena kaw2 dengan DSAI. Tahap NC UUM nak tanya soalan pun mcm tak confident. Soalan tak matang.Pastu dah kena sebiji sebab tak tau yang gas,petrol dan diesel tu dlm kelompok petroleum… Tu pun Umno boleh bg jd NC UUM… Kalau saya ni masih jadi student UUM, sanggup pi buat DEMO suruh dia letak jawatan… Buat malu nama Universiti.

Kemudian bila si Dr Ayam ni tanya soalan kat Si Shabery, soalan pun memang utk kutuk DSAI… Tah apa punya tahap Dr… Dr beli kot..

Bila tengok si Shabery pulak rasa kesian.. tak dak pulak depa sedia air utk minum, sampai berbuih2 mulut, nasib tak kena sawan babi.. Tapi kira ok la dia ni daripada puak2 Umno yg lain, berani berdebat dengan DSAI… Umno yang lain setakat cakap kat belakang saja…

Yang Si Shabery tak habis2 dok ulang janji PR nak turun minyak kena ikut harga RM1.92, sebelum p/raya. Habis tu yang Gomen BN pi naik minyak lepas p/raya apahal? Janji tak akan naik… Tak kan DSAI nak janji turun minyak mulai harga RM 1.92 plak dah, sebab lani minyak dah jadi RM2.70.. Apa lah malang nasib rakyat Malaysia dapat menteri yang bangang.

Kalau rakyat nak tau ini lah tahap ‘pakai otak’ menteri Umno BN untuk fikirkan masalah rakyat… Tak faham soalan, fakta, penerangan oleh DSAI. Yang point dia ada cuma nak hentam peribadi DSAI dari awal sampai tutup Debat. Soalan ahli panel Sdr Zulkifli Sulong pun tak terjawab.. tu melalut tah kemana2..

Lepas tu masa Nightline TV3, menteri yang mangkuk, si Shahril Samad. Dah orang debat hal minyak nak turun 50 kupang tu, kira termasukla diesel, petrol, gas dan yang sewaktu dengannya.. Ketegori bawah petroleum… Tak dak modal nak jawab…

Sepatutnya ‘gentleman la skit, idea bernas DSAI tu bukan nak kata akan dihalusi, dibincang bersama dlm kabinet, tak langsung dianggap serius…. Yang bangangnya pendebat Umno BN.. lagi ‘OUT’..

DSAI berjaya menfokuskan penerangan kepada rakyat tentang tajuk debat, walaupun beliau perlu juga menangkis tomahan yang si Shabery debatkan..

Bagi saya, rakyat sendiri dapat fikirkan cadangan yang DSAI berikan… Walaupun tahu surat khabar, berita tv nanti akan puji Si Menteri yang tak dak fakta dan kutuk DSAI kaw2 punya dengan pelbagai alasan cadangan itu tak releven, negera jatuh miskin dan lain2..

Mari kita berdoa agar cepat2 PR ambil alih kerajaan Malaysia…

Ke Arah Malaysia Yang Baru

Aidi Rafizul Idrus

Bendahari AMK Negeri P.Pinang



Dikirim dalam Aktiviti. 29 Comments »

Tahniah Buat Datuk Seri Dr. Wan Azizah

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah diatas penganugerahan pingat Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran ‘Dato’ Seri’ dalam majlis penganugerahan pingat sempena sambutan hari lahir Tun Yang Terutama (TYT) Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas yang ke-70 yang diadakan pada 12 & 13 Julai 2008.

Dikirim dalam Aktiviti. 1 Comment »

Ezam Meracau…

Salam sejahtera kepada semua teman seperjuangan. Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA, Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.

Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua bagai ‘murai tercabut ekor’. Mengelabah, meracau, merapu & melalut seperti orang yang mabuk. Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi? Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat. Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keADILan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat. Jawapan Dr Mansor cukup ringkas, ‘saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah Ezam di pentas keADILan, saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah, kasar betul’

Bila disiarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia dihina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah. Terfikir sejenak, aku keliru, bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan. Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu, bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanya la kepada Ezam. Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR. Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.

Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah? Untuk pengetahuan Ezam, saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari Pulau Pinang, sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim, bagaimana respon Dato’ Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar. Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam, Anwar maklumkan ‘Biar la, dia nak belajar macam mana politik. Banyak lagi agenda kita kepada rakyat’. Terfikir pula saya, bila Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM. Buang masa Ezam nak tunggu, bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah Din & Zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.

Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara. Sekali lagi saudara diselamatkan oleh saudara Amizudin, Zulkifli, Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti. Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat, sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik.

Andaikan anggapan kedua betul, Ezam perlu rasa malu & sedar bahawa tindakan Ezam cuba mencari publisiti glamour atau cubaan menjadi jaguh dengan menonjolkan diri dalam media-media bak kata pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Sedarkah Ezam, bukan sahaja AHLI UMNO yang meluat dengan tingkah laku Ezam bahkan saya sempat dihubungi teman lama yang saya cukup yakin tidak mengikuti perkembangan politik dari dekat tiba-tiba menghubungi saya & memaki hamun kepada manusia yang bernama EZAM MD NOR.

Saya cukup berpuas hati sikap kematangan politik AMK Pusat yang ‘Ignore’ saja segala tohmahan serta cabaran EZAM, tetapi yang paling penting Anwar tidak memberi respon kepada EZAM membuatkan dia tidak setaraf dengan Pimpinan parti di semua peringkat di pusat. Layak saya samakan taraf EZAM dengan AJK WANITA KeADILan BAHAGIAN. Nasihat saya kepada Ahli UMNO sahaja, pada EZAM tak guna nasihat sebab dia ego, penting diri, menipu, hipokrit, tak malu dan banyak lagi.

Tanyakan kepada EZAM
Catatan : A.J.E. bermaksud ‘Adakah Jawapan Ezam’

1.Mana dia 6 kotak rasuah pemimpin UMNO yang ada ditangan anda?
A.J.E:Saya cakap sebab Anwar cakap ada pada dia, jadi tanyala Anwar.

2.Kami tahu skandal Rafidah berkaitan saham & AP,kenapa EZAM masuk UMNO?
A.J.E:Saya yakin kepimpinan DS Abdullah & DS Najib yang menunjukkan komitmen menanggani rasuah yang tidak pernah di lakukan mana-mana pemimpin negara.

3.Dato Seri Anwar Ibrahim masa jadi pemangku dia terus pinda akta rasuah itu bukan saja komitmen tapi pelaksanaan membenteras rasuah?
A.J.E:Itu dulu, dia pun bukan bersih, saya tahu siapa Anwar saya tak nak aibkan

4.Jawab soalan saya,kalau nak ikut komitmen lawan rasuah,Anwar dah tunjukkan. Kenapa masih pilih UMNO?
A.J.E:Macam saya kata tadi la, saya yakin dengan perubahan DS Abdullah

5.Dalam PKR dulu saudara selalu tak sehaluan dengan Pimpinan sama ada dlm kalangan pemuda itu sendiri Saifuddin, Saiful Izham, Lokman sehingga Azmin Ali?
A.J.E:Saya tegur cara mereka ini juga di ajar dalam islam, kalau mereka tak mahu dengar tak guna saya jadi ketua pemuda PKN, baik saya tumpu pada agenda rakyat. UMNO pilihan saya.

6.Tetapi pertembungan saudara membuatkan org lain terlibat sama. Contoh dulu Cikgu Bard tak ada masalah dengan Saifuddin & Azmin tapi kerana pertahankan saudara dia bertembung dengan Saifuddin & Azmin?
A.J.E:Saya tak minta dia bertembung kerana saya, biar saya dah la berdepan

7.Saya dengar dakwaan Amizuddin Ahmat Exco Kanan AMK Pusat mengenai saudara bukan seorang pejuang tetapi pekerja kerana sepanjang dalam keADILan saudara di biayai sehinggakan Ezam & Isteri dibiayai ke mekah tahun sudah?
A.J.E:Tak betul, itu semua fitnah pada saya.Saya ke mekah pun duit hasil simpanan saya selama 10 tahun.

8.Sejak masuk UMNO ni, lain sungguh jawapan saudara ya? Dah lama buat keja menipu ni? Semua soalan saya langsung tak menunjukkan jawapan sebenar.
A.J.E:Saya tak pernah bohong, saudara tak tahu yang Anwar tu kaki liwat, tapi saya tak mahu aibkan dia, saya ada bukti.

Oleh itu, saya cabar saudara EZAM untuk buktikan siapa dia Anwar? Tak perlu bagi alasan ‘JIKA’ keluar dari mulut Anwar atau Wan Azizah sebab Ezam masuk UMNO kerana habuan jutaan ringgit. Jangan gunakan alasan ‘tak mahu aibkan’ sebab dulu tiada istilah tersebut sewaktu saudara londeh Mahathir, londeh anak menantu Paklah, londeh Najib-Rosmah, londeh Hishamuddin Hussien Onn, londeh Khir Toyo & kami tak lupa langsung apa yang kamu dakwa pemimpin pada UMNO. Sebab tu saya mahu anda jumpa EZAM tanya dia ‘ADA APA LAGI YANG DIA TAK KATA PADA UMNO’ semasa dalam PKR? Dulu kata PKR jangan cabar saya, sekarang kata pula, ‘JIKA’ Anwar & Wan Azizah desak. Belit-belit la lu Ezam.

Anwar, Wan Azizah & seluruh kepimpinan pusat tak ada masa nak layan bincang isu anda, jadi saya buka gelanggang EZAM buktikan siapa ANWAR supaya demi AQIDAH kami layak tahu kerana kami adalah orang yang akan pertahankan insan di zalimi bukan sahaja pada Anwar. Buktikan, buktikan & buktikan jangan hanya tahu menyalak macam anjing salak bukit. Kamu penipu besar, benarlah kata-kata Lokman Noor Adam sebelum ini mengenai EZAM. Iaitu PEMBOHONG!!!

(penulis adalah Timbalan Ketua AMK bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang)

CERAMAH PERDANA DSAI

CERAMAH PERDANA DSAI
TEMPAT:TAPAK EXPO SEBERANG JAYA
TARIKH:5 JULAI 2008
HARI :SABTU
MASA 9.00 MALAM

Dikirim dalam Aktiviti. 2 Comments »

KENYATAAN MEDIA AMKPP

29th Jun 2008

> Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang memandang serius tuduhan palsu liwat siri-2 yang dikenakan ke atas

Datuk Seri Anwar Ibrahim.

> Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang yakin tuduhan ini sengaja diadakan bertujuan menghalang beliau dari

mendedahkan maklumat terbaru yang mengaitkan Ketua Polis Negara- Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara -Ghani

Patail dengan konspirasi menjatuhkan beliau pada tahun 1998.

> Kami percaya ini juga merupakan langkah terdesak regim BN untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan rakyat

Malaysia kerana takut akan kuasa rakyat yang semakin berani menyanggah kezaliman, menolak kerajaan serta

pimpinan yang korup dan nyata mahukan perubahan setelah pilihanraya umum – 12 yang lepas.

> Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang mendesak agar tindakan segera diambil terhadap kenyataan bersumpah

Y.M Raja Petra yang mengaitkan Orang No 2 Negara dengan pembunuhan Altantunya. Tuduhan yang disertakan dengan

kenyataan bersumpah adalah serius dan wajar diambil tindakan segera.

> Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dengan ini menyatakan sokongan teguh dan menolak sepenuhnya tuduhan liwat

siri 2 yang nyata mempunyai niat jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami meminta agar penyokong dan

pendokong parti bersabar serta jangan melatah dengan perkembangan ini. Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang telah

mengerakkan ahlinya ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan terhadap Bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk

Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Azrizal Tahir

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

Negeri Pulau Pinang.