Siapa Pemimpin PKR P.Pinang yang disiasat?

dscn0054-748349P.Pinang,Sabtu,8MAC 09 Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato’ Mohd Zahrain Md Hashim telah menerima dokumen2 ‘bukti’ daripada Sdr Amizudin yang sebelum ini telah mengadakan sidang media dengan mendedahkan bahawa terdapat pemimpin PKR P.Pinang terlibat dengan beberapa kesalahan dalam melindungi pengusaha kuari.

Satu Badan Khas Siasatan yang ditubuhkan pada hari Sabtu akan diketuai oleh Sdr. Abdul Halim (Speaker DUN). Manakala ahli2 lain yang terlibat dalam siasatan ini ialah Timbalan Speaker, Tan Hock Leong (ADUN Machang Bubok), Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak) dan VS Raveetharan (ADUN Batu Uban). Bahan bukti laporan terbabit juga telah diserahkan kepada Sdr Abdul Halim untuk tindakan selanjutnya bersama J/kuasa terbabit.

Sdr Amizudin menjelaskan bahawa beliau telah menyerahkan bukti2 berkaitan    kepada Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah. Beliau juga mendakwa telah difitnah oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab dengan menyatakan beliau ada menerima wang sebanyak RM 5,000.00 setiap bulan daripada pengusaha kuari, mempunyai 4 buah kereta dan 2 isteri.

Amizudin menjelaskan bahawa beliau perlu membuat penjelasan kepada masyarakat dan ahli parti untuk membersihkan nama dan maruah beliau kerana fitnah ini dan beliau menafikan pendedahan ini dibuat kerana beliau kecewa dengan tindakan pimpinan parti kerana tidak mahu menyambung semula khidmatnya sebagai ahli majlis MPSP akibat fitnah yang disebarkan dan pendedahan yang dibuatnya.

Amizudin sebelum ini telah mendedahkan bahawa 3 buah kuari di Seberang Perai telah didapati menyembunyikan fakta sebenar pembayaran hasil royalti kepada kerajaan negeri. Atas tindakan beliau, 3 kuari ini telah dikenakan denda dengan membayar kepada kerajaan negeri hampir RM800,000.00.

Dikirim dalam Berita. Leave a Comment »

Tinggalkan komen