Konvensyen AMK Pulau Pinang

Angkatan Muda Pulau Pinang akan mengadakan satu Konvensyen Angkatan Muda pada 24hb Mei 2008 yang akan datang.

Menurut Sdr Amir Ghazali selaku Pengerusi Program Konvensyen AMK Pulau Pinang 2008, kali terakhir konvensyen AMK Pulau Pinang diadakan ialah pada tahun 2006.

“Kali ini tajuk Konvensyen AMK Pulau Pinang ialah “Membina Harapan Baru Generasi Muda Pulau Pinang”. Kita mahu generasi muda di Pulau Pinang sedar bahawa kami sentiasa mendengar pandangan dan komen-komen dari mereka bagi menjamin keadilan untuk semua rakyat terjamin,” kata Sdr. Amir.

“Setiap Angkatan Muda Bahagian telah dipertanggungjawabkan untuk membentangkan usul-usul yang telah difikirkankan oleh Jawatankuasa Konvensyen.Usul-usul ini merupakan antara suara-suara generasi muda yang mahukan keadilan, kesejahteraan dan keamanan terjamin,” tambahnya lagi.

Konvensyen kali ini akan diadakan pada 24hb Mei, Sabtu mulai jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Auditorium C, Tingkat 5 KOMTAR.

Konvensyen kali ini akan dirasmikan oleh Sdr Shamsul Iskandar Akin,Ketua AMK Malaysia manakala majlis penutupan Konvesyen pula akan disempurnakan oleh YB Muhamad Fairus, Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang.

Sebarang maklumat mengenai Konvensyen AMK Pulau Pinang bolehlah menghubungi Sdr Amir di talian 012-5048386 atau Sdr Azhar 012-4636470.

“AMK Pulau Pinang juga memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli ruangan iklan di dalam buku cenderahati dengan harga yang berpatutan. Sebarang urusan mengenai pengiklanan bolehlah menghubungi terus Sdr Aidi (Bendahari AMK PP) di talian 016-4362117,” tambah Sdr Amir lagi.

ADUN PKR Semakin Sibuk Bertemu Rakyat

Setelah mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri P.Pinang, Adun-adun PKR kini semakin sibuk turun ke bawah untuk mendengar masalah rakyat.

Bagi Adun Bkt Tambun, YB Law Choo Kiang yang juga telah dilantik sebagai Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir, beliau kini menjadi harapan para petani, nelayan dan penternak untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka.

Malah, isu banjir yang masih belum dapat diselesaikan walaupun setelah 50 tahun merdeka turut dikemukakan dengan harapan YB Law dapat menyelesaikan isu-isu terbabit.

Para petani kelompok dari Pmtg Kuang,Kepala Batas setelah bertemu dengan YB Law meluahkan segala masalah yang mereka hadapi akhirnya diaturkan satu pertemuan dengan pihak IADA, JPS, Pertanian, BERNAS pada 10.4.08 yang lepas. Sekurang-kurangnya para petani dapat berdialog sendiri dengan para pegawai dari jabatan-jabatan berkaitan.

YB Law juga membawa wakil penduduk Kg Dodol bertemu terus dengan pihak JPS bagi mendapat penjelasan kejadian banjir di kampung mereka lebih 30 tahun. Wakil penduduk mengakui tidak mendapat penjelasan yang tepat mengenai isu banjir ini.Dengan penjelasan yang jelas dari pihak JPS,mereka memahami masalah yang ingin ditangani bukan dapat diselesaikan dengan cepat.

14.4.08 ini,YB Law akan melawat TKPM Ara Kuda.Beliau akan melihat kawasan yang dibangunkan oleh pihak Jabatan Pertanian,Veterina dan Perikanan untuk para petani.

Pakatan Rakyat Untuk Rakyat Malaysia

Pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti KeADILan, DAP dan PAS bersetuju menubuhkan Pakatan Rakyat, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat . Untuk memantap memantapkan kerjasama di atas nama Pakatan Rakyat dan nama ini akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan jawatankuasa pusat masing-masing dalam masa yang terdekat. “Pakatan Rakyat berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Dengan keputusan ini, bermakna kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor nanti akan dikenali sebagai kerajaan Pakatan Rakyat,” jelas Anwar.

Beliau berkata, dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar yang akan ditentukan dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Beliau menambah, ketiga-tiga parti akan bermesyuarat di peringkat jawatankuasa masing-masing bagi mengemukakan cadangan kepada sekretariat bersama Pakatan Rakyat yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Ini merupakan satu agenda yang penting untuk menjamin kepentingan rakyat terjaga dan segala keputusan yang dibuat dibincangkan dahulu bagi menjamin kemantapan gabungan parti-parti ini.

Semoga rakyat Malaysia melihat Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan yang benar-benar diujudkan untuk menbela nasib rakyat.