Dari Cherok To’kun Ke Istana Negara

Tahniah buat semua rakyat Malaysia yang hadir pada 10 November.

bersih_rally.gifSaya membuat keputusan untuk pergi ke Kl dengan rakan-rakan PAS di Cherok To’kun, Bukit Mertajam. Kami bertolak pada jam 430 pagi dengan 2 buah Toyota Avanza selepas bersolat musafir dan hajat di masjid Jamek Cherok To’kun Bawah.

Kami tiba di R & R Tapah jam 630 pagi. Saya dapati cukup ramai jemaah sewaktu solat Subuh di Tapah. Semua nak ke KL. Ada yang dari Kedah, Perlis dan Perak. Rasa teruja untuk tiba di KL semakin berkobar2. Saya tefikir agak2 kali ini suasana bahang 98 akan kembali membangkitkan semangat rakyat ke tak.

Kami dapat berita yang bas2 dari utara kena tahan dekat tol Juru, habis kena geledah beg cari baju kuning Bersih.. yang ada kena rampas. Sampai begitu sekali pihak polis Malaysia… Tangkap baju kuning pun dah ok…

Kami seterusnya terus keluar melalui tol Rawang. Singgah di sebuah masjid untuk mandi dan berehat. Kemudian kami menaiki komuter dari Rawang pada jam 1010 pagi dan turun di KTM Kl. Senang sikit nak ke masjid negara, kerana arahan agar semua peserta Bersih yang datang dari utara diminta berkumpul di Masjid negara.

1948201052_1886379a6a_b.jpgKetika tiba pada jam 1100 pagi, saya dan rakan2 dapati pihak fru baru sahaja masuk ke kawasan masjid. Pihak polis telah menjaga pagar belakang supaya tak bagi orang ramai masuk. Kemudian orang ramai yang ada pun di dalam kawasan masjid pun dihalau keluar oleh FRU.

Ustaz Badrul Amin tiba di pintu belakang Masjid Negara telah meminta kerjasama pihak polis untuk1946899511_0bd40efdb8.jpg bagi kebenaran orang ramai masuk ke dalam masjid. Tetapi dengan ‘mesra’-nya pihak polis tak bagi. Terpaksalah orang ramai berbasah dek hujan.

Saya mendapat berita yang group di Masjid Jamek dah kena sembur. Beberapa orang telah ditahan. Rasa macam nak turun ke masjid Jamek la pulak.

Tetapi selepas itu bila azan Zohor berkumandang, orang ramai terus sahaja menyerbu masuk ke dalam kawasan Masjid Negara. Kemudian kelihatan Fru mula mengelilingi kawasan Masjid Negara. Macam tak mau bagi orang keluar dari masjid saja.1944594304_b7a58c4e75.jpg

Selepas menanti di dalam hujan lebat sehingga jam 230 petang,kelihatan gelombang kuning yang mula berarak dari Jalan Raja Laut tiba di hadapan Dayabumi.

Dengan kehadiran pemimpin2 seperti Hj Hadi, Mat Sabu, Mujahhid, Cikgu Fariz dan lain2, orang ramai di perkaranga Masjid Negara mula tak sabar2 untuk keluar bagi bersama2 gelombang kuning yang telah tiba.

1979657187_b74b514966.jpgSaya terus bersama Chegu Bard, Cikgu Fariz di hadapan yang dikawal oleh Unit Amal. Laungan ‘Daulat Tuanku’ membuat semangat semakin berkobar2 untuk bergerak ke Istana Negara.

Lalu lintas ‘jem’ memang tahap maksima. Ada pemandu yang menyokong kami yang sedang berarak, ada yang buat tak tau saja. Mungkin marah akibat tersangkut dalam kesesakan yang tak di duga.1944423242_8a4b7a7a90.jpg

dsc_3445.jpgKami berarak masuk terus ke jalan hadapan Istana Negara. Kami akhirnya disekat oleh trak water cannon, dan barisan polis dan FRU. Unit Amal masih di depan menjadi benteng hadapan melindungi para peserta Bersih.

Saya lihat pegawai yang berada di atas trak sedang bercakap menggunakan microfon, tapi saya tak dengar apa2 kerana tenggelam dengan laungan Allahu Akbar, Daulat Tuanku dan sebagainya. Saya memang dah nekad kali ini kalau fru datang merempuh memang saya tak akan berganjak. Kena pukul 20071110bersih2hafiz.jpgka, masuk lokap ka, kena sembur ka, saya akan bersama2 rakan2 Unit Amal.

Tapi alhamdulillah, tidak ada sebarang kejadian buruk yang berlaku sehingga bersurai. Ds Anwar dan Saifuddin kemudian tiba dengan motosikal yang diiriingi oleh Rezal Panjang, Abang Khairi dan Abang Bakar. Beliau kemudiannya terus berjalan masuk ke hadapan pagar istana untuk bersama pimpinan yang lain.1961491486_1585a139af.jpg

Selepas selesai aktiviti di hadapan Istana Negara, semua ‘tentera kuning’ bersurai dengan aman. Sambil berjalan pulang semula ke Masjid Negara,saya lihat dari segenap sudut jalan penuh dengan tentera kuning. Rasa cukup bangga kerana dapat hadir bersama2 rakyat Malaysia yang lain pada 10 November.

Aidi Rafizul Idrus

Cherok To’kun

Kepulangan Sahabat Allahyarham Mohd Sabri Mat Salleh Ke Rahmatullah

Innalillahiwainnahirajiuun…. 10 November 07. Ketika berada di bumi Kuala Lumpur yang sedang dilanda gelombang kuning, saya menerima panggilan telefon daripada isteri di Cherok To’kun pada jam 530 petang memaklumkan pemergian sahabat seperjuangan Mohd Sabri bin Mat Salleh dari AMK bahagian Tasek Glugor ke rahmatullah.

Antara terkejut dan tak percaya dengan berita tersebut saya menelefon sdr Azhar dari Amk Tasek Glugor bagi mengesahkan berita tersebut. Sah! Sdr Azhar memaklumkan yang Allahyarham telah lemas ketika mandi bersama keluarga di Ulu Paip, Karanga, Kedah pada jam 315 petang.

Saya terus sms kan berita pemergian sahabat ke beberapa rakan yang lain. Sdr Syamsul Hidayat (SUK Amk Malaysia) menelefon saya bagi mengesahkan Sabri yang mana satu… Setelah dijelaskan, saya meminta untuk sampaikan berita kepada rakan2 exco AMK M’sia.

Saya yang asalnya ingin pulang ke P.Pinang dari Kuala Lumpur pada hari Ahad, terus membatalkan rancangan tersebut kerana ingin menziarahi jenazah Allahyarham sebelum dikebumikan keesokkan harinya. Saya tiba pada jam 3.00 pagi di Cherok To’kun setelah bertolak dari KL pada jam 11 malam.

dsc00028.jpg11 November 07′, Ahad. Saya tiba di perkarangan rumah Allahyarham lebih kurang jam 830 pagi. Jenazah telah dibawa untuk dimandikan. Rakan2 AMK P.Pinang, bahagian2 juga hadir untuk memberi penghormatan.

Rasa sedih tidak dapat digambarkan kerana telah kehilangan seorang rakan yang benar2 komited dalam perjuang ini. Allahyarham diingati dengan semangat juang yang tinggi. Dia juga merupakan editor kepada risalah bulanan Bahagian Tasek Glugor iaitu Buliten Keadilan (BK). Dari merekabentuk risalah dan bahan2, mencetak risalah dengan wang sendiri sehinggalah menjalankan tanggungjawab mengedar risalah di tempat2 awam walaupun seorang diri.

buku.jpgBeliau pernah menghasilkan sebuah buku bertajuk RENTAP sebagai maklumat kepada Barisan Alternatif. Menurut Sdr Latif (Timb. SUK P.Pinang), Allahyarham sedang dalam proses menghasilkan buku yang kedua beliau,namun tidak berkesempatan. Setiap bulan pasti Allahyarham akan menyediakan bahan bacaan, mencetak dan mengedar BK. Allahyarham tidak pernah merungut walaupun duit poket sendiri yang digunakan untuk mencetak risalah setiap bulan.

Jika hendak diceritakan tentang komitmennya, dedikasinya terhadap PKR… Rakan2 di dalam AMK P.Pinang sememangnya terasa kehilangan seorang sahabat, pejuang yang komited terhadap perjuangan menegakkan keadilan.

Ketua Amk P.Pinang, Dr AzharAhmad menyatakan hasrat untuk Amk P.Pinang mengambil keluarga Allahyarham sebagai keluarga angkat Amk P.Pinang.

Allayahyarham Mohd Sabri Mat Salleh mempunyai degree di dalam bidang Art and Design Uitm. Lahir pada tahun 1974, berusia 33 tahun meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Seorang teman yang sentiasa murah dengan senyuman, tidak mudah marah tetapi berani membuat teguran kepada pemimpin atasan. Beliau merupakan setiausaha Amk bahagian Tasek Glugor, Timb. Ketua Penerangan Amk Pinang.

Saya mewakili rakan2 Amk P.Pinang berharap agar isterinya bersabar menghadapi dugaan ini. Kami mendoakan agar roh beliau berada bersama-sama mereka yang beriman. P.Pinang kehilangan seorang telah kehilangan seorang pejuang. Semoga semangat kentalnya menjadi dorongan kepada lain2 pendokong keadilan untuk bangkit bersama2 membuat perubahan.

Al-Fatihah.

Aidi Rafizul Idrus

Ketua AMK Bahagian Bukit Mertajam

Dikirim dalam Berita, Hebahan. 2 Comments »

Ubah Sebelum Parah

graphic1.jpg

Dikirim dalam Hebahan. 1 Comment »

Majlis Rumah Terbuka AMK & Wanita Keadilan Meriah

Pelbagai lapisan masyarakat di sekitar DUN Sg. Acheh meluangkan masa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Angkatan Muda dan Wanita Keadilan Negeri Pulau Pinang pada 3 November yang lepas. PKR Bahagian Nibong Tebal turut sama menjadi tuan rumah bersama bagi majlis kali ini.
Para tetamu yang hadir bukan sahaja menjamu selera denga juadah yang disediakan, tetapi mereka juga turut berpeluang menonton tayangan ucapan DS Anwar Ibrahim di beberapa ceramah yang beliau hadiri. Tayangan VCD VK Lingam juga ditayangkan untuk penduduk tempatan mengetahui isu sebenar yang telah berlaku.

Para tetamu yang hadir telah disambut oleh Ketua AMK Negeri Pulau Pinang, Dr Azhar Dato’ Ahmad, Ketua PKR Nibong Tebal, Ustz Mohktar, Ketua Wanita Pulau Pinang Pn. Norhayati dan beberapa orang exco kedua-dua sayap parti ini.

Pengerusi Perhubungan Negeri, Dato’ Zahrain Hashim dan beberapa pimpinan Perhubungan Negeri turut hadir ke majlis rumah terbuka ini.

Sdr. Azmi Nu yang diminta oleh rakan-rakan menjadi pengacara sementara bagi memperkenalkan calon Sg Bakap, Ustz Mohktar dan calon Sg Acheh, Dr. Azhar.Mereka juga diminta menyampaikan ucapan dan penerangan kepada para tetamu tentang masalah yang dihadapi oleh negara masa kini.

Majlis yang bermula mulai jam 2.00 petang hingga jam 6.00 petang ini antara lain bertujuan untuk mendekatkan masyarakat setempat dengan perjuangan PKR dan Barisan Alternatif