DS Anwar Akan Hadir…

DS Anwar sudah nyatakan akan hadir… Anda bagaimana pula?

Beli sendiri tiket bas Ekspres, turun di Puduraya. naik STAR LRT turut dekat Masjid India, Jalan kaki ke Dataran Merdeka… Sertai Perhimpunan ini. Jangan lupa berpakaian kuning…

bersih

Bertubi-tubi soalan samada saya akan hadhir bersama dalam Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) pada 10 November nanti.

InshaAllah saya akan muncul.

Penipuan Umno-BN melalui SPR terlalu ketara dan rakyat perlu menuntut perubahan.

Ayuh kita gembleng massa turun menyatakan sokongan!

ANWAR IBRAHIM

Abdullah mula bimbang, pilihan raya dijangkakan November ini?

Roslan Shahir
Harakahdaily

Angin bertiup kencang di Kuala Lumpur bahawa Perdana Menteri berhasrat membubarkan parlimen dalam waktu terdekat berkemungkinan bagi memberi laluan untuk Pilihan raya Umum ke-12 diadakan pada bulan November 2007 ini juga.

Dari maklumat yang diterima di kalangan ahli-ahli Parlimen, yang menyambung persidangan belanjawannya sejak semalam, terdapat angin-angin bahawa parlimen ini akan ditamatkan hayatnya sebelum sempat dewan meluluskan Bajet 2008.

Ini bermakna Bajet 2008 yang telah dibentangkan itu (tetapi belum diluluskan Dewan) perlu dibentang semula dalam Parlimen ke-12 selepas pilihan raya nanti untuk kelulusan.

Jika benarlah maklumat ini,bermakna PM, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil contoh dari bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membubarkan Parlimen sebelum Bajet 2000 diluluskan dahulu.

Kalau kita singkap kembali sejarah, Tun membubarkan Parlimen secara tergesa-gesa pada bulan November 1999 dengan mengadakan pilihan raya umum pada 29 November 1999 iaitu dipertengahan sesi sidang bajet.

Tetapi Tun dahulu mempunyai sebab mengapa beliau terpaksa mengambil tindakan tersebut.

Ketika itu beliau berhadapan dengan gelombang reformasi dan GERAK serta kemudiannya Barisan Alternatif yang dianggotai PAS, Keadilan, PRM dan DAP. Suasana politik begitu kalut dan membimbangkan, sehingga beliau yakin jika dipanjangkan lagi tempoh parlimen, berkemungkinan beliau dan BN akan menghadapi mudarat yang lebih besar.

Terbukti bacaan Tun benar. Pilihan raya Umum 1999 menyaksikan pembangkang terutama PAS menang besar dengan menguasai Kelantan dan Terengganu dan hampir menang di Kedah. Bayangkan jika Tun melanjutkan tempoh Parlimen berkenaan.

Lalu sekiranya benarlah punca angin yang bertiup kencang ini, adakah ia bermakna Abdullah juga sedang dalam keadaan yang genting? Mungkin pada dasarnya ramai yang tidak dapat melihat dengan mata kasar, tetapi hakikatnya itulah yang kita percaya apa yang dirasai oleh Abdullah dan mereka di keliling-kelalangnya.

Jika Tun dahulu berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat hasil dari kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kezaliman kerajaan BN pimpinan Tun, Abdullah pula mengundang malapetaka yang berlainan.

Kos hidup rakyat ternyata sudah berada di luar kawalan. Harga barangan dan perkhidmatan sudah naik tanpa dapat dihalang-halang lagi. Dan terbaru trend mencacak harga minyak mentah dunia dijangka tidak dapat dipertahankan lagi oleh kerajaan setelah tamat tahun 2007 ini.

Kenaikan harga petrol dan bahan api kali ini dijangka berlipat kali ganda, dan ia pastinya akan semakin mendera rakyat kebanyakkan.

Semakin kos hidup rakyat meningkat, maka semakin kuatlah bantahan rakyat terhadap apa sahaja projek mewah dan yang tidak mendatangkan manfaat langsung kepada mereka.

Setiap sen yang dipam keluar dari khazanah negara diperiksa dan diteliti oleh rakyat sehingga sebarang ruang yang silap akan digunakan rakyat untuk menghukum kerajaan.

Dan apakah gelanggang untuk menghukum yang paling baik jika tidak pada pilihan raya umum!

Dollah bimbang akan trend ini. Melewatkan lagi tarikh pilihan raya bermakna mengurangkan lagi harapannya untuk menang besar sebagaimana pada tahun 2004 lalu.

Dalam pada itu politik perkauman terutama yang dibangkitkan dari kalangan sesama parti-parti komponen juga semakin tegang. Sesungguhnya percaturan ini hanya membawa keuntungan kepada parti-parti pembangkang dan Abdullah pasti ada dimaklumkan akan hakikat ini.

Dan rakyat juga menyaksikan ledakkan masalah sosial dan jenayah yang semakin parah di zaman Abdullah. Institusi Kehakiman pula dicabar dan semakin disangsi rakyat. Rasuah dan salah-guna kuasa secara terang-terang terselak satu demi satu di depan mata rakyat.

Jadi mungkinkah Abdullah dalam suasana yang cemas dan melemaskan ini juga nanti akan menggunakan kaedah Tun iaitu dengan membubarkan Parlimen sebelum bajet diluluskan?

Jika terjadi juga pilihan raya pada bulan November ini bermakna benarlah telahan awal Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat Dato’ Mustaffa Ali bahawa pilihan raya akan diadakan awal iaitu pada bulan November.

Adakah parti-parti pembangkang khasnya PAS sudah bersedia? Sejak bilakah BN menunggu pembangkang bersedia sebelum memanggil pilihan raya.

Sesungguhnya jika benarlah anggapan bahawa pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat ini persoalan yang perlu dikemukakan adalah adakah BN yang sudah bersedia?

Jawapannya bersedia ataupun tidak, mereka mungkin tidak ada banyak pilihan. Kerana itu peduli apa bajet diluluskan ataupun tidak, yang penting BN mesti menang biarpun terpaksa berbelanja besar. Bolehkah BN menang besar lagi kali ini?

Apa pun November 2007 atau Mac 2008 atau bila sekali pun, dalam suasana yang serba kalut ini, masanya sudah tiba untuk rakyat bangkit dan menuntut perubahan demi masa depan agama, bangsa dan negara. – mks.

Roslan Shahir bin Dato’ Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS

Antara Angkasawan dan Rasuah Negara?

Rakyat Malaysia setiap hari dibuai dengan cerita angkasawan Malaysia yang sempat menggayakan baju batik di angkasa lepas, bawa kuih raya dan permainan tradisional untuk ditunjukkan kepada dunia.Rakyat Malaysia sepatutnya merasa malu dengan negara-negara jiran kerana bangga dengan angkasawan yang hanya sebenarnya layak dikatakan melancong ke angkasa lepas dengan menghabiskan duit cukai yang dibayar oleh rakyat.Kalau kita nak rasa bangga sekali pun, biarlah kita mampu membina roket sendiri. Sekarang ni,kapal terbang pun belum mampu kita bina. Biarlah negara-negara yang telah ada kemudahan ini pergi buat penyelidikan atau apa-apa pun.

Kita membazirkan wang untuk hantar seorang penumpang, walhal wang tersebut sebaik-baiknya digunakan untuk membangunkan negara. Kemiskinan masih tinggi, kalau tak TV3 tak buatlah rancangan Bersamamu di TV3.

Akhbar tempatan hari ini pula penuh dengan berita penahanan pegawai-pegawai JKM dan KBS yang menyeleweng. Tapi apa yang pasti mereka hanya berani menahan ikan-ikan bilis saja.Mana dia menteri-menteri yang secara terang-terang rasuah?

Laporan PKR tentang penyelewengan wang mangsa Tsunami oleh Pejabat Menteri Besar Kedah pun sampai hari ni tak dengar berita. Yang jadi mangsa, pegawai-pegawai yang ambil rasuah puluhan ribu. Padahal berjuta nilai penyelewengan yang berlaku….

Kini, BPR pula akan bertindak terhadap pendedahan DS Anwar mengenai klip video VK Linggam kepada rakyat Malaysia.

BPR yang sepatutnya menahan dan menyoal mereka yang terlibat dalam kes ini sebaliknya hanya mementingkan kesahihan klip video tersebut dan sumber asalnya.

Kerana klip tersebut telah disunting, maka secara automatik pendedahan tersebut tidak dapat disiasat kerana tak original. Kadang-kadang rasa mereka-mereka ini buat macam rakyat Malaysia ni bodoh sangat. Orang ramai ingin tahu betul atau tidak perkara yang didedahkan ini berlaku. Itu saja..

Apa yang pasti esok, ramai rakan-rakan yang akan berkumpul di pejabat DS Anwar menyatakan sokongan untuk tidak bertolak ansur dengan BPR sehingga Badan Siasatan DiRaja ditubuhkan.

Itu pun susah sangat ka Pak Lah nak buat..
Himpunan Solidariti Dengan DSAI
Pejabat DSAI

Pegawai-pegawai BPR dijangka akan hadir ke pejabat DSAI berkenaan arahan BPR untuk menyerahkan salinan video asal yang sepenuhnya atau menghadapi penjara.Orang ramai dijemput menunjukkan solidariti dengan DSAI di pejabatnya pada masa dan waktu berikut. Tolong sebarkan.

Tempat: Pejabat DSAI, 17, Jalan 16/2, Section 16, PJ.

Masa: Khamis, 25 Oktober, 10.30am.

Team Pengendalian Blog DSAI

Klip Video Jejak Fakir di Bayan Baru

Video Sidang Media Anwar Selepas Menerima Ugutan BPR

Rumah Terbuka DS Anwar & DS Dr Wan Azizah di Cherok To’kun

rumah_terbuka_dsai02.jpgCherok To’kun: Rakyat dari berbagai lapisan masyarakat bukan sahaja daripada Pulau Pinang,malah dari negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kuala Lumpur tidak putus-putus mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Dato’ Seri Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah di Cherok To’kun pada 20 Oktober yang lalu seawal jam 12 tengah hari walaupun majlis bermula dari jam 2 petang.rumah_terbuka01.jpg

DS Anwar dan isteri yang tiba seawal jam 11.30 pagi telah meluangkan masa bersama-sama dengan ahli qariah Masjid Cherok To’kun dengan mengadakan majlis doa dan tahlil arwah keluarga di kediaman keluarga beliau. Beliau juga sempat memberi penerangan mengenai isu-isu terkini kepada yang menghadiri majlis tahlil.

rumah_terbuka02.jpgSekitar jam 1.30 petang beliau ke Galeri Pejuang untuk mengadakan sidang akhbar bersama wakil akhbar tempatan bagi menerangkan isu mengenai VCD VK Linggam yang semakin menjadi isu hangat masa kini.Majlis kali ini menyediakan pelbagai juadah yang disediakan kali ini seperti bihun sup, laksa, rojak, sate, roti canai, char koew tiew, teh tarik, dan beraneka jenis kuih muih untuk meraikan tetamu-tetamu yang hadir.

Beberapa pimpinan BA Pulau Pinang turut menghadiri majlis ini, antara yang hadir ialah Adun Permatang Pasir merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Hamdan Abdul Rahman, sahabat lama Anwar yang juga bekas calon PAS tahun 1978, Haji Jamil Hasan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman. Turut kelihatan ialah Ahli Jawatankuasa Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pusat, Haji Abdul Rashid Hasnon dan Yang DiPertua JIM Pulau Pinang yang baru, Jamaludin Abdullah serta Setiausaha Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM), Cikgu Majid Mat Isa. Ahli Parlimen Bukit Mertajam,Chong Eng turut hadir bersama pimpinan DAP yang lain.dsc00021.jpg

Pengerusi Perhubungan Negeri P.Pinang, Dato’ Zahrain Hashim bersama-sama pimpinan PKR Pulau Pinang turut sama melayan tetamu-tetamu yang hadir dengan meluangkan masa menjawab soalan-soalan dan memberi penerangan kepada para tetamu.

PKR P.Pinang kali ini telah menyediakan kaunter semakan daftar pemilih sebagai pengundi. Pararayatkun9.jpg tetamu yang hadir dapat membuat semakan tempat mengundi secara ‘online‘ di kaunter pendaftaran dan semakan pemilih. Kaunter pendaftaran ahli baru dan sukarelawan parti untuk pilihanraya juga disediakan. Kebanyakan tetamu yang hadir mengambil peluang ini untuk menyemak status mereka sebagai pemilih.

dsc00020.jpgMajlis rumah terbuka kali ini turut diserikan dengan persembahan seni silat daripada Seni Silat Pusaka Gayung. Persembahan 0leh anak-anak muda ini telah menarik minat para tetamu yang hadir dengan pelbagai aksi demonstrasi yang cukup memukau. Dato’ Seri Anwar yang juga baru dilantik sebagai Ketua Imam Khalifah Besar (PSSGPM) turut kelihatan meluangkan masa dengan memberi nasihat dan pesanan kepada remaja yang menganggotai seni silat Gayung Pusaka.dsc00023.jpg

Para tetamu juga berkesempatan untuk menyampaikan ucapan sokongan serta salam Eidul Fitri kepada DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah melalui Sdr Shukri, selaku DJ yang bertugas pada hari tersebut. Sdr Shukri turut menyampaikan info serta maklumat terkini kepada para tetamu yang hadir.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan sokongan terhadap DS Anwar tidak luntur walaupun diserang oleh media dibawah kawalan Umno-BN. Sememangnya rakyat Malaysia mahukan perubahan demi masa depan mereka.

Majlis Rumah Terbuka PKR Negeri Pulau Pinang

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Rumah Terbuka Negeri di Sg Nibong, Bayan Baru. Orang ramai termasuk ahli, bukan ahli, penyokong gerakan reformasi, aktivis, NGO’s dan seluruh rakyat Malaysia yang dapat meluangkan masa dijemput memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Negeri yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 28 Oktober 2007 (Ahad)

Masa : 5 petang – 7 malam

Tempat : Rumah Orang Tua silver Jubli, Sg Nibong, Bayan Baru. (Belakang Terminal Bas Express Sg Nibong)