Fail-fail yang sepatutnya ada di pejabat exco turut tiada. Semuanya habis diangkut.Sehingga sukar para Exco membuat rujukan. Sampai begitu sekali pihak BN menekan Kerajaan P.Pinang.
Fail-fail yang sepatutnya ada di pejabat exco turut tiada. Semuanya habis diangkut.Sehingga sukar para Exco membuat rujukan. Sampai begitu sekali pihak BN menekan Kerajaan P.Pinang.
Selepas program perarakan Maulidul Rasul yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Masjid Seberang Jaya ke Tapak Ekspo Seberang Jaya, kebanyakkan peserta yang menghadiri program tersebut terkejut dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng bersama-sama TYT Pulau Pinang menyambut ketibaan peserta perarakan di Tapak Ekspo.
Kerajaan Negeri yang sebelum ini dipimpin oleh Barisan Nasional tak pernah pula Ketua Menterinya hadir bersama umat Islam meraikan Maulidul Rasul. Sikap Ketua Menteri yang baru amat berbeza dengan yang lama. Ramai dikalangan peserta menyatakan perbezaan ini.
YAB Lim Guan Eng sebelum ini pun dipenjarakan kerana membantu gadis melayu, jadi penduduk Pulau Pinang tak perlu rasa takut dengan propaganda yang dicanangkan oleh UMNO yang kebajikan orang melayu akan tergadai. Sebelum ini selama 50 tahun pun bukannya UMNO Pulau Pinang benar-benar membela nasib melayu, malah hampir habis tanah orang melayu tergadai.
KENYATAAN MEDIA
19 Mac 2008
MENYOKONG AGENDA EKONOMI MALAYSIA
Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang dengan ini menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru dibentuk; Termasuk mengenai implementasi pengunaan Agenda Ekonomi Malaysia dalam merencana ekonomi Negeri Pulau Pinang.
Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang mengecam tindakan kumpulan-kumpulan yang memanipulasikan isu berkaitan perkauman didalam usaha mereka untuk menidakkan kekalahan dalam pilihanraya yang lepas.
Kita bersedia untuk mengempur dan mendedahkan bagaimana dasar ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu telah dipergunakan oleh kelompok tertentu untuk mengaut kekayaan dalam keadaan rakyat terbanyak dinafikan hak ekonomi mereka. Dalam masa terdekat ini kami akan mendedahkan harta kekayaan milik pemimpin UMNO khususnya di negeri ini.
Walaubagaimanapun, kita menghormati mereka yang sedang mempraktikan ruang demokrasi dalam menyuarakan hak dan bantahan mereka secara terbuka. Angkatan Muda menyeru kumpulan-kumpulan ini untuk berdebat secara terbuka mengenai isu ekonomi dan pembangunan rakyat. Kita bersedia untuk berkongsi pentas untuk memperdebatkan isu tersebut.
Masalah rakyat hari ini bukan masalah perkauman tetapi masalah pembahagian kekayaan dan ekonomi kepada masyarakat terbanyak serta penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan terdahulu.
Dr Azhar bin Dato Haji Ahmad
Ketua Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang.
19 Mar 2008
Exco Angkatan Muda Keadilan P.Pinang telah membuat kunjungan ke pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 18hb Mac. Walaupun YB Muhammad Fairuz sibuk dengan urusan rasmi, kunjungan daripada wakil-wakil Parti Alternatif yang lain, belaiu masih sempat meluangkan masa berbincang mengenai isu-isu semasa serta memberi pandangan serta cadangan untuk memantapkan AMKNPP.
Turut sama bersama exco AMKNPP, Sdr Badrul Hisham Ahli MPT PKR, Exco AMK Malaysia, Sdr Zulkifli Ibrahim dan Sdr Amizudin Ahmat. Ketua AMKNPP, Dr. Azhar Ahmad meminta semua exco AMKNPP bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyampai maklumat yang tepat kepada rakyat P.Pinang tentang isu DEP yang dibangkitkan oleh UMNO P.Pinang.
Dr.Azhar turut menyatakan sokongan AMKNPP terhadap kerajaan negeri dan berjanji akan membantu kerajaan negeri dalam pembangunan belia P.Pinang.
Timbalan Ketua Menteri,YB Muhammad Fairuz juga memberi jaminan untuk membantu usaha-usaha yang AMKNPP lakukan untuk membangun belia P.Pinang.