Solat Sunat Gerhana Matahari

26.1.09 , Isnin akan berlaku satu fenomena gerhana matahari di Malaysia di antara jam 4.30 petang.

AMK Bukit Mertajam disamping menganjurkan kejohanan bola sepak 9 sebelah terbuka, mengajak semua anak-anak muda bersama-sama mengerjakan solat sunat gerhana matahari.

Bersama dengan Jawatankuasa masjid Jamek Cherok To’kun Bawah, AMKBM akan mengadakan solat sunat tersebut dan khutbah di padang bola Jalan Kolam, Cherok To’kun Bawah.

AMKBM menjemput anak-anak muda yang mempunyai kelapangan masa bersama-sama mengerjakan solat sunat ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina – AMK Bukit Mertajam

cny-amkbm2

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Anjuran AMK Bkt Mertajam

Bagi yang berminat untuk menyertai….

Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Terbuka Anjuran AMK Bukit Mertajam

Tarikh :26.1.09 (Isnin)
Masa: 8 pagi – 6 petang
Tempat: Padang Awam Cherok To’kun, Bukit Mertajam.

Hadiah2 seperti berikut :-
1st Place: RM1,500.00 + Piala Iringan + Piala Pemain
2nd Place: RM 1,000.00 + Piala Iringan + Piala Pemain
3rd Place: RM 500.00 + Piala Pemain
4rd Place: RM300.00 + Piala Pemain
Selanjutnya: klik link dibawah
http://chetokun.blogspot.com/2009/01/saja-nak-habaq-mai-lawan-bola-9-sebelah.html

Jom Gi Gannu- Konvoi Jentera Anak Muda PR ke PRK Kuala Terengganu

7/1/09- Permatang Pauh. Angkatan Muda Keadilan Bahagian Permatang Pauh akan menganjurkan Konvoi Jentera Anak Muda Pakatan Rakyat ke PRK Kuala Terengganu pada 15/1/09 ini. AMK Permatang Pauh menganjurkan konvoi ini dengan tujuan untuk mengumpul seramai mungkin jentera-jentera sukarelawan anak muda dari Pakatan Rakyat yang mahu bersama-sama menyumbang tenaga untuk gerak kerja pilihanraya di Kuala Terangganu.

Menurut Sdr Amir Ghazali, Ketua AMK Pmtg Pauh, sesiapa sahaja yang mahu menyumbangkan tenaga mereka secara sukarela boleh menyertai konvoi ini diminta berkumpul di kawasan gerai Char Kue Tiew Kubang Semang (belakang Masjid Kubang Semang). Konvoi ini dijangka bertolak dari Kubang Semang pada pukul 4 petang 15/1/09 ke K.Terengganu. Mereka akan berada di K.Terengganu sehingga 17/1/09 sebagai petugas sukarelawan PR.

Sebarang pertanyaan mengenai konvoi ini atau jika ada pihak-pihak yang ingin menyalurkan lain-lain bentuk sumbangan, sila hubungi Sdr Amir (013-5848386) untuk maklumat lanjut.

Dikirim dalam Aktiviti. 1 Comment »

Calling for All Bloggers@Penang

Satu perjumpaan BloggersNetwork@Penang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 8-Januari-2009 (Khamis)
Masa: 2:00 petang.
Tempat: Pejabat Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Y.B Hj. Abd Malik Kassim,
Tingkat 53, KOMTAR.

Semua blogger-blogger pro-reformasi terutamanya di Pulau Pinang dan kawasan Utara dijemput hadir.

Sila sahkan kehadiran anda dengan menghantar email ke : aat500@yahoo.com atau rizaltahir@gmail.com

AMK NEGERI PULAU PINANG AKAN BERUBAH

AMK NEGERI PULAU PINANG AKAN BERUBAH

Dikirim dalam Aktiviti. 5 Comments »