Debat, Menteri Kena Rembat Dengan DSAI

Pandangan selepas menonton DEBAT

Menonton Debat ‘Live’ antara DSAI dengan Dato’ Shabery memang saya akui mulanya saya rasa agak mendebarkan. Takut juga apa yang Umno dah ‘standby’. Tak tau apa yang puak2 Umno nak hentam DSAI.

Tapi, bila start je dengan ucapan aluan dari Si Shabery, dah tau memang puak2 Umno ni nak malukan DSAI dan hentam peribadi beliau saja.

DSAI plak starting dah fokus on isu nak turun harga minyak..

Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi memang kena kaw2 dengan DSAI. Tahap NC UUM nak tanya soalan pun mcm tak confident. Soalan tak matang.Pastu dah kena sebiji sebab tak tau yang gas,petrol dan diesel tu dlm kelompok petroleum… Tu pun Umno boleh bg jd NC UUM… Kalau saya ni masih jadi student UUM, sanggup pi buat DEMO suruh dia letak jawatan… Buat malu nama Universiti.

Kemudian bila si Dr Ayam ni tanya soalan kat Si Shabery, soalan pun memang utk kutuk DSAI… Tah apa punya tahap Dr… Dr beli kot..

Bila tengok si Shabery pulak rasa kesian.. tak dak pulak depa sedia air utk minum, sampai berbuih2 mulut, nasib tak kena sawan babi.. Tapi kira ok la dia ni daripada puak2 Umno yg lain, berani berdebat dengan DSAI… Umno yang lain setakat cakap kat belakang saja…

Yang Si Shabery tak habis2 dok ulang janji PR nak turun minyak kena ikut harga RM1.92, sebelum p/raya. Habis tu yang Gomen BN pi naik minyak lepas p/raya apahal? Janji tak akan naik… Tak kan DSAI nak janji turun minyak mulai harga RM 1.92 plak dah, sebab lani minyak dah jadi RM2.70.. Apa lah malang nasib rakyat Malaysia dapat menteri yang bangang.

Kalau rakyat nak tau ini lah tahap ‘pakai otak’ menteri Umno BN untuk fikirkan masalah rakyat… Tak faham soalan, fakta, penerangan oleh DSAI. Yang point dia ada cuma nak hentam peribadi DSAI dari awal sampai tutup Debat. Soalan ahli panel Sdr Zulkifli Sulong pun tak terjawab.. tu melalut tah kemana2..

Lepas tu masa Nightline TV3, menteri yang mangkuk, si Shahril Samad. Dah orang debat hal minyak nak turun 50 kupang tu, kira termasukla diesel, petrol, gas dan yang sewaktu dengannya.. Ketegori bawah petroleum… Tak dak modal nak jawab…

Sepatutnya ‘gentleman la skit, idea bernas DSAI tu bukan nak kata akan dihalusi, dibincang bersama dlm kabinet, tak langsung dianggap serius…. Yang bangangnya pendebat Umno BN.. lagi ‘OUT’..

DSAI berjaya menfokuskan penerangan kepada rakyat tentang tajuk debat, walaupun beliau perlu juga menangkis tomahan yang si Shabery debatkan..

Bagi saya, rakyat sendiri dapat fikirkan cadangan yang DSAI berikan… Walaupun tahu surat khabar, berita tv nanti akan puji Si Menteri yang tak dak fakta dan kutuk DSAI kaw2 punya dengan pelbagai alasan cadangan itu tak releven, negera jatuh miskin dan lain2..

Mari kita berdoa agar cepat2 PR ambil alih kerajaan Malaysia…

Ke Arah Malaysia Yang Baru

Aidi Rafizul Idrus

Bendahari AMK Negeri P.Pinang



Dikirim dalam Aktiviti. 29 Comments »

29 Respons to “Debat, Menteri Kena Rembat Dengan DSAI”

  1. DEBOM Says:

    Rupanya menteri Dato Shabery ni bodoh rupanya. macamana boleh jadi menteri. Buat malu orang KEMAMAN jer.

    Ramai lagi ke menteri dangkal macam Dato Shabery ni dalam BN? Kalau ramai, hancus laaaaa…

    Lain soalan lain jawapan. Buat serangan peribadi pulak tu. tak professional lansung. Tiada fakta dan hujah yang rapuh.

    Sebelum ni rakyat kene bohong free dengan menteri, tapi malam ni adalah permulaan sejarah dalam Malaysia.

    Shabas Dato Seri Anwar. I’ll pray you will be save and be ours saver soon.

  2. wan Says:

    caya la ijon,bagi penendang baru umno tau betapa kuatnya penendang kita

  3. sumpah keramat Says:

    Jelas sekali pada semua pusingan Shaberry tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya. Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shaberry sendiri.

    Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shaberry. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya. Kesanggupan itu satu kehebatan Shaberry sebenarnya.

    Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabrry. Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shaberry berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shaberry yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

    Shaberry merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shaberry Datuk Shaberry. Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shaberry yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku. Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shaberry hanya dua (**) saja

  4. budak tadika Says:

    Anwar dah tolong beri idea dan pemikirannya bagaimana cara nak menurun harga minyak. Kalau dah idea itu logik dan bagus, terutama untuk rakyat, terima sajalah. Idea yang bagus, walaupun datang dari budak tadika, kita kena terima.

    Anwar fokus tapi Shabery tak fokus. Yang Shabery nak ungkit Baling, Tun Razak dan pujian Anwar kepada Mahathir tu pasal apa. Kalau dah Mahathir tak bagus sekarang maka sekarang Mahathir kena kutuk la.

    Shabery hanya menunjukkan beliau tak ada standard bila buat serangan peribadi.

  5. mohamad ismail Says:

    TAHNIAH DSAI,ANDA MEMANG HEBAT DAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA.KEINTELEKTUAL ANDA AMAT TERSERLAH SEKALI,KESABARAN ANDA AMAT TINGGI SEKALI KERANA TIDAK MELAYAN HAL-HAL PERIBADI YANG DILEMPARKAN OLEH MENTERI BODOH UMNO..SHABERI MEWAKILI MENTERI UMNO PUNYA DAYA PEMIKIRAN..AMAT DANGKAL DAN BENGONG SEKALI,SUNGGUH MEMALUKAN RAKYAT MALAYSIA PUNYA MENTERI YANG SEBEGINI CETEK PEMIKIRANNYA SEKALI, DARI APA PANDANGAN RAKYAT MALAYSIA KESELURUHANNYA SEMALAM PEMIMPIN UMNO INI SEMEMANGNYA TIDAK BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI DEBAT INI DENGAN FAKTA YANG ILMIAH SEBALIKNYA MENGGUNA RUANG ITU UNTUK MENYERANG KEPERIBADIAN DATO SRI ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN AGUNG RAKYAT MALAYSIA..HAKIKAT YANG TERPAKSA REGIM UMNO TERIMA ADALAH KEBEBCIAN RAKYAT MALAYSIA KEPADA KERAJAAN HARI INI MAKIN BERTAMBAH.

  6. gegala Says:

    Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana sanggup turun ke bawah untuk berdebat dengan wakil kerajaan, walau pun wakil itu sebenar tidak layak berhadapan dengannya. Tahniah juga kepada Shabery Chik kerana kamulah menteri kerajaan yang paling berani berhadapan dengan Anwar. Lagi pun kamu muda lagi.

    Sebenarnya kalau dibanding kepetahan bercakap kamu dengan Syed Hamid lebih kurang sama aje. Tapi eloklah kamu pergi berdebat sebab kalau Syed Hamid yang pergi, habis luruh pula rambut dia. Tapi sepatutnya Shahril Samad yang pergi berdebat sebab dia Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Tapi Shahril ni jenis darah gemuruh. Ngamlah tu kamu yang pergi debat.

    Cuma saya hairan sikit. Shabery ni Menteri Penerangan Malaysia tapi debatnya tak disiar oleh media RTM. Kenapa ye? Takut malu kot! Tak apalah Shabery. Jam 4.00 pagi tadi saya sempat lihat Channel Bernama Astro. Chamil Wariya dan Dr Firdaus puji kamu. Nanti yang lain juga akan puji kamu. Tapi awas, jangan perasan.

  7. AZMAN Says:

    ya betul ape yg saudara ckpkan, shabery melencong 100%… tp kita berterima kasih kepada DSAI kerana berdebat secara berhemah dan dgn fakta… saya kagum dan terasa terhutang budi pulak rasanya.. ini adalah kerana permasalahan rakyat telah diterangkan dan dijawab dgn penuh fakta tanpa prejudis atau menyimpang dari tajuk asalnya…

    tahniah utk DSAI kerana berjaya dalam debat semalam…

    wasalam,

    MANSTIR

  8. Iman Mohd Says:

    Aku sangka Dato’ Sabri hebat kerana dia star oldboy.Tp tidak boleh lawan Macoba.Malulah orang Kemamang, berani mencabar untuk berdebat.Tp tidak mampu berhujjah.Sepatutnya gunakan teori ekonomi makro yang pernah belajar di Univ dulu.Tp nampaknya pensyarah Public Admin tidak mampu berhujah secara emprical dengan menggunakan aplied economy perspective.Wajarlah dato’ letak jawatan seperti yang dijanjikan kerana tidak melapasi target BN.
    DSAI, you were the best speaker.Look cool but effective point of view.Dr Nordin pula sesuai jadi Ketua Pengarah BTN sahaja.Patutlah bekas student UPM kata sebab itu tidak dapat Prof madya semasa di UPM.Bidang kaunseling manalah layak nak berhujah ekonomi.Sangat tidak layak jadi VC UUM.Datuk Khalid Nordin kena check balik kelayakannya.

  9. adeeng Says:

    Welldone DSAI

  10. Seorang Perempuan Says:

    hujah DSAI memang straight menjawab soalan.
    aku kagum sangat cara dia menjawab; tenang, benar walau dalam ancaman.
    debat semalam, shabery boleh memang award untuk;
    rajaLAWAKversionSERIOUS.

  11. mountdweller Says:

    walau apa pun orang UMNO perkatakan, rakyat di luar yang berotak boleh menilai!

  12. Naspazi Says:

    Hujah Shabery Chek Merapu, mengarut dan haprak! Itulah… Siapa suruh semut lawan dengan gajah! Shabery Chek dan Nordin Kardi macam malaun yang diperbodoh. Kah kah kah!!!

  13. ujangsafri Says:

    salam..

    tahniah kepada semua..
    tahniah kepada PKR kerana mempunyai pemimpin yang gentlemen
    dan boleh menguasai keadaan dengan baik..

    umum memang mengetahui bahawa kerajaan UMNOBN memang tak mampu
    menurunkan harga minyak.. kenapa? nak buat pembangunan katanya..
    pembangunan apa? pembangunan untuk perut anak bini mertua jer…

    siapa kata zaman Paklah ada pembangunan?? tunjukkan faktanya.. yang ada ialah kehancuran dengan membatalkan projek2 sedia ada…
    kemudian nak buat balik apabila kos semakin meningkat…

    adakah ini pembangunan?? inilah namaya kehancuran…
    tahniah kepada BNUMNO kerana menyimpan pemimpin begini…

    sekali lagi, tahniah DSAI. saya ingin tunggu jika kerajaan BNUMNO berani berdebat isu krisis ekonomi 1997-1998. Tunggu….

  14. Fadzli Says:

    Saya pun mempunyai pandangan yang sama dengan Sdr Aidi Rafizul. Pada pandangan saya Datuk Shabery tersasar melencong dari tajuk sejak dari pusingan pertama. Shabery lebih gemar menyerang peribadi DSAI. Namun jelas ketokohan DSAI apabila tidak melayan provokasi bekas orang kuat S46. Shabery terus terang mengatakan Anwar tak berubah sejak zaman pelajar bermakna dia mengakui DSAI ada pendirian. Sedangkan dia sendiri waktu pelajar merupakan penyokong PAS kemudian menjadi S46 akhirnya terjebak dengan UMNO yang dikutuknya dulu macam Ezam.

    DSAI jelas fokus dalam berhujjah. Bukan setakat berhujjah kosong mcm Shabery, DSAI mengusulkan cadangan2 dengan angka-angka dan cara-caranya. Tak perlu saya ulangi hujjah DSAI. Isu IMF memakan diri bila DSAI mengatakan kenaikan harga minyak merupakan preskripsi IMF. Maknanya Shabery cuba beretorik.

    Shabery juga tidak menjawab soalan samada dari J.J, Zulkifli atau Nordin sendiri..tersasar. Contohnya soalan Zulkifli berkenaan kemana perginya penjimatan 4 billion sewaktu kenaikan 30sen dulu pergi sedangkan kerajaan mengatakan hanya 800 juta sahaja dari 4billion digunakan untuk kemudahan prasarana pengangkutan awam. Zulkifli selanjutnya bertanya apa akan jadi dgn 13 billion yang dijimatkan hasil dari kenaikan 78sen. Shabery yg sudah berbuih mulutnya menjawab Zulkifli tidak mengikuti kenaikan harga minyak dipasaran dunia, kemudian dia cakap masa dia dlm pembangkang dulu mudah bercakap dan pembangkang boleh ckp nak bagi minyak free… jauh tersasar. Yang paling bodoh bila Shabery cakap pasal minyak Urut. Ntah apa2 jenis menteri. Seperti terlebih dahulu DSAI berkata kepada Nordin berkenaan bila sebut Petroleum ianya merangkumi Petrol dan Gas dan saya tambah Diesel jugak. Tapi tidak lah termasuk minyak lintah, minyak dhab, minyak gamat atau pun minyak masak. Sepatutnya wakil BN haruslah terlebih dahulu diberi taklimat mengenai petroleum ini oleh CEO Petronas.

    Samalah dengan ulasan Menteri Rambut Putih Shahrir Samad yg mengatakan kalau Anwar nak tolg nelayan sepatutnya turunkan lah harga diesel. Sekor lagi menteri bangang… diesel dan petrol tu produk petroleum la. Diesel tu pun minyak.. Tengok lah tajuk debat tu kan pasal Minyak. Sebenarnya BN sudah hilang fokus. Mereka sudah tewas teruk dalam hujjah mereka. Jadi apa lagi depa nak komen? Itu yang keluar jwapan bukan2.

    Kembali kepada Debat antara DSAI dan Shabery.. DSAI berulang kali menyatakan bahawa DANA Petronas tidak akan diusik. Hanya wang yang sudah dikembalikan kepada Kerajaan akan digunakan. Tetapi Shabery asyik2 kata kalau dana Petronas diambil apa yang akan tinggal.. nampak sangat Shabery tidak fokus kepada jawapan DSAI.

    Cuma suka saya nak ulas berkenaan soalan JJ yg terkahir iaitu tidak perlu menjadi Perdana Menteri, cukup dgn menyumbangkan idea. Ulasan saya apakah BN akan terbuka dengan saranan dan idea dari Anwar? KIta akan lihat dalam sehari dua ini komen yang diberikan dan akan diberikan oleh pemimpin BN ialah cadangan Anwar tidak realistik, cadangan Anwar tidak mudah dilaksanakan, Anwar hanya pandai bercakap dan sebagainya.. oleh itu jawapan saya kepada JJ. Kalau BN dah kata macam tu… memang Anwar perlu jadi PM untuk merealisasikan cadangan beliau. KErana BN kata mereka tak boleh buat biarlah Anwar yang buat. Kemudian kita sama-sama nilaikan lah…

    Saya juga setuju dengan hujjah DSAI berkenaan penggunaan perkataan Subsidi. Membelanjakan berpuluh bilion ringgit untuk menyediakan prasarana untuk pelabur Asing dipanggil insentif, membantu PERWAJA, MAS, RENONG beratus-ratus bilion ringgit dipanggil BAIL-OUT tetapi untuk membantu nelayan, petani, rakyat terbanyak dipanggil subsidi… begitu buruk dan negatif sekali. Kenapa mereka tidak berkira untuk memberi berbelas billion kepada PERWAJA? beapa orang mereka dapat selamatkan dalam PERWAJA? Eric Chia mati pun duit tak habis tujuh keturunan.

    Shabery kata rakyat cukup makan… tapi Shabery tengok tak rancangan BErsamamu TV3?. Shabery baca tak surat khabar Ibu/Bapa bagi anak minum racun sebab tak mampu bayar hutang along? Kes bunuh diri sebab hutang semakin meningkat bukan sahaja oleh kaum cina dan india malah sudah ada orang Melayu terlibat. Shabery boleh lah cakap, elaun menteri berpuluh ribu, subsidi untuk Menteri lagi banyak..

    Kesimpulannya kalau BN rasa mereka tidak mampu untuk turunkan harga minyak.. izinkan Anwar dan Pakatan Rakyat melaksankannya. Jangan banyak berdalih dan membuat tuduhan.

    Sekian

  15. Jordan Says:

    Kita PKR memang bangga kerana mempunyai pemimpin yang betul betul fahan rakyat, bukan saja kita semua rakyat memang bangga sama DSAI tidak kira mana mana pun.

    “Those who use force soon end up without it and those that use fear will soon fear even their own shadow”

    Tahniah to DSAI!!! Refomasi!!!

  16. komangkok Says:

    Shaberi bukan tandingan DSAI. Yg aku nak tulis pasal kebongokan NC UUM.Parah lah.

  17. Pengiran Muda Says:

    apa-apa pun sbg rakyat Malaysia, & bukan rakyat yg kesah dengan sgt dgn politik korg semua nie.. saya melihat perkembangan ini adalah suatu perkembangan yang positif. rakyat melihat isu ini dari pandangan berbeza-beza bergantung kpd apa yang mereka dengar, lihat dan baca.

    interpretasi mereka berbeza-beza mengikut fahaman dan pengalaman pendidikan masing2 berdasarkan material yg mereka perolehi.

    ada yg main angguk aja, dan bila dah salah angguk mereka tak tau nak angguk mcm maner lagi.. cakap pun tak guna..

    saya lebih berpendapat idea yg keluar dari DSAI lebih kepada pendekatan yang mahu menyedarkan kerajaan ttg tindakan mereka adalah salah dan lebih kepada mahukan rakyat ‘membalas’ kesilapan ini dengan memberi sokongan ke atas pakatan rakyat yg dianggap mampu menyelesaikan segala masalah.

    di pihak Datuk Shabery pula lebih kepada tidak ada isu nak dibincangkan dengan kenaikan harga minyak(sbb mmg dah kejadian nya mcm itu, sbg mereka yg mengikuti, akur la dengan keadaan..) tp debat ini hanya sekadar menghangatkan suasana politik yg telah sedia hangat…

    apa yang pasti fakta dan isu ini boleh dianggap sebagai kayu pengukur kepada kedua-dua belah pihak. tapi sebagai seorang yang mengikuti perkembangan isu minyak ini secara global,

    satu yg pasti adalah usaha menurunkan minyak itu pasti tapi samar, usaha naik harga minyak itu pasti & memang (sbb sapa tak nak untungkan?) tetapi tetap juga samar.

    hakikatnya, apa pun yg dibincangkan malam tadi tidak akan merubah apa-apa pun selagi harga minyak dunia tidak dikawal…

    sampai leleh pun air liur pemimpin2 ini berdebat, takkan ubah apa2.. stakat beza rm0.50 apa dapat?

    debat saja dengan amerika & mereka2 yg memanipulasi harga pasaran minyak dunia. tu baru aku pilih mana kuat, BN ka PKR!

  18. zul Says:

    muka sabery dh mcm abon pelawak tuh…ingat dato seri dh di tahan…untuk pengetahuan polis..tidak rasional keadaan rakyat di jamu dgn fakta & hujah yang terbaik DSAI…tetapi kalau dia di tahan x terpikirkan ker rakyat kesannya pilihanraya umum ke 13 bayak kerusi BN akan tumbang terus…waktu tuh apa yang kamu nak jadi?fikir2kan

  19. Zikri Fadzil Says:

    Salam semua,
    Bukan apa, si Berry Berry ni mengelabah sikit, berbuih mulut dan berpeluh sejuk tak tahu nak mengeluarkan fakta2 yang telah dibekalkan oleh si Sharil Samad, Mahyuddin dan beberapa lagi Menteri2 senior dalm kabinet. Dia akan sikit stage fright dan lepas tu nampak overconfident sangat sampai tak tahu nak jawab balik!
    Tu lah, lain kali tengok lah siapa yang hendak didebat! Kalau DSAI, bukan standard si Berry Berry lah…dengan Saifuddin belum tentu.
    Itu pun DSAI lepaskan sikit saja…dia tak bagi 100% pasal nanti BN akan gunakanpendekatan DSAI dan claim credit…BN memang pandai ciplak.

    Tobat lahum, depa tak anjurkan lagi debat live macam ni…buat malu kompeni BN saja.

  20. dukunsusuk Says:

    menteri dan pengikut2 nya sama sama bengap….

  21. dukunsusuk Says:

    bukan org tak tau….kalau takat nk jd menteri…tak payah sekolah tinggi,,,,janji pandai bodek..srrawberry chick ni kira nk bodek le…

  22. denns Says:

    letak si air liur meleleh jadi pendebat….hurm welll we are win

  23. FDISK Says:

    MAMAK MAINDIN SEKOLAH SAMPAI TINGKAT 2..KO STRABERI SAMA JEK MANGKUK HAYUN ..SEKALI LEBIH SIKIT JEK SAMPAI TINGKAT 2 1/2…

  24. Ponorogo Says:

    Turun 0.30 sen orang kampung cam aku ni pun dah syukur! Kesan rantaian kenaikan harga minyak kepada barang keperluan lain besar kesannya. Kesian tengok pakcik-makcik beli pagi-pagi beli barang di kedai hanya mampu merungut saje dna geleng kepala. Undi wakil rakyat pun tak dipedulikan di parlimen!

  25. ulamraja Says:

    silap pilih orang jadi wakil pendebat. IQ pun rendah . mcm mana jadi mcm ni. lingkuplah negara kita nampaknya kalau semua peminpin mcm ni.tak ada plan langsung untuk kebajikan rakyat berkaitan isu minyak. nampaknya makan gaji buta ajelah. fikirlah sikit untuk rakyat sama rasa. fokaslah sikit pd masalah pokok. tahniah DSAI

  26. jebat Says:

    Praise be to Allah, Qadhi Rabbul Jalil to have blessed us and this country of ours an outstanding leader full of Charisma in the person of Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alhamdulillah, he totally eclipsed a Mr.(not fit to be called a Minister)Shabery sent by UMNO to actually ‘undress’and put his own government to shame.A very unethical and unknowledgeable speaker(?)he strayed from the subject at hand besides being personally biased towards a brother Muslim.Datuk Seri,thank you for the eye-opener,jazakallah bi khairan.

  27. laser007 Says:

    Aisey 1 lawan 3 pun tak menang jugak..??? Sampai berbuih mulut patahkan hujah …pertama malu org Ganu konon berani cabar tapi tak de point , merapu.nasib tak sawan…Johan Jaafar pulak lebih sudu dari kuah..lu sapa suruh org tak payah jadi PM..ko memang layak jadi pengampu je lah…ada Vc universiti ..tanya lebih teruk dari orang ulu…gaji beribu tu, doctorate to untuk kajian kambing je ke…???

    Itu baru Menteri ‘Penyerangan’ berdebat..belum lagi Menteri ‘Pelencongan’ berdebat..lagi haru .dah la tak jawab jawab soalan, tak buat homework (zaman U..kalau masuk U la..mcm kaki plagiat je…), muka arrogant..2×5 arrogant dgn Johan( tak berapa nak johan) Jaafar.x reti nak hormat &address orang….mcm ni nak jadi menteri?? eish…malu teman, tak siyo dan tak kebulur le teman nak nengok ropa menteri mcm tu..terjuih@berbuih mulut..tu la..tido lagi ikut style boss..Prof Kangkong ke Kongkang ke….ingat Prof ni tau semua ke…teori ko bole le kelentong….tapi harus diingat DSAI ni pernah jadi Finance Minister..berapa kali table Budget kat parlimen ooiii.semua menteri yg ada dulu subordinates dia la….tu semua kacang je….ni kata harga minyak naik ekonomi bagus….kalau rumput makin kurang ( purchasing power turun) dah tentu kambing tak cukup makan (makan makin kurang) dan kurus….ini baru analogy kambing jer…Pak Pandir dan Mak Andih lagi pandai gamaknya kut….

  28. laser007 Says:

    Alahai Pengiranmuda……….mekanisma pembelian kita ni direct purchase ke pakai kontrak hadapan ke…pakai instrumen apa???…kalau instrument tu boleh ditrade kat secondary market ke.. apa apa market memangla kena manipulate… yg kita nak ngikut world market ni ape hal…???kita pun exporter..kalau trade off pun untung lagi…..alahai…ulasan sdra/sdri ni mcm prof U la…. tapi tak konkrit…k’jaan patut turunkan harga ..full stop.buat sekarang!!!!..berhenti buat projek merapu yang cuma beri ruang pada kontraktor buat overclaim kos harga kontrak…senang nak baca ketirisan tu ma…lu takkan tak faham .. nak debat dengan Amerika apa hal pulak..lu merapu beb..!!!.turun harga kenalah berperingkat sebab stok petrol pump tu masa beli dah tinggi…kena la berperingkat..lu ada meniaga petrol pump ke tadak???? mesti la in stages untuk elakkan operating cost petrol pum operator tu . .. sebab ratus ribu liter..dia pulak susah nanti…..tapi kalau source ambil murah …nak discard old stock cuma few days je..apa susah…itu boleh ‘subsidised’..kacang je ma… nak tak nak jer…ko ni bukan ada aspirasi sebagai ahli PR yang sentiasa peka dan tajam la..

  29. MahmudShah MY Says:

    Semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka yang benar2 layak menjadi pemerintah… Kita dapat lihat kewibawaan DSAI. Shabad DSAI!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: