Tahniah Kepada Pemenang Futsal Piala DS Anwar Ibrahim

PERMATANG PAUH-Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang telah berjaya mengadakan kejohanan futsal yang dikelolakan oleh AMK Permatang Pauh di Safira Club pada 20/12/08. YB Dato’ Seri Anwar & Dato’ Seri Dr. Wan Azizah tiba sekitar jam 9.30 pagi sempat juga meluangkan masa serta beramah mesra  dengan pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan Futsal Piala Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.
YB Law Choo Kiang, EXCO Pertanian Negeri telah merasmikan kejohanan futsal yang pertama kali di adakan dan disertai oleh 61 pasukan. Johan kejohanan ini di menangi oleh A BOY FC dari Bukit Mertajam dimana menerima hadiah sebanyak RM2000.
Majlis penutup kejohanan disempurnakan oleh Yb Mohd Fairus TKM1 Pulau Pinang.
 
gambar-gambar sekitar program futsal oleh amkpenang & dari blog wartawan rasmi laman reformasi.
 
YB Law melakukan sepak mula bagi merasmikan Pertandigan Futsal

YB Law melakukan sepak mula bagi merasmikan Pertandigan Futsal

 
DSAI turut turun memberi sokongan pada program AMK

DSAI turut turun memberi sokongan pada program AMK

 
Exco AMKNPP bersama YB Law

Exco AMKNPP bersama YB Law

  picture-008

picture-0091
Dikirim dalam Aktiviti. 1 Comment »

Biro Politik AMK Pulau Pinang Bertemu Exco Kerajaan Negeri P.Pinang

Setelah 9 bulan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Biro Politik Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKNPP) telah mengadakan satu kunjungan ke pejabat exco-exco yang dibawah Parti Keadilan Rakyat pada 16 Disember 2008.
Biro politik AMKNPP telah menemui YB Malik Kassim dan YB Law Choo Kiang secara berasingan untuk berbincang serta bertukar pandangan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat P.Pinang.
AMKNPP juga turut menawarkan diri untuk membantu exco-exco kerajaan negeri dalam memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Kami berterima kasih kepada YB Malik dan YB Law Choo Kiang yang sudi meluangkan masa mendengar pandangan serta bertukar-tukar pendapat serta idea untuk rakyat Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, pihak AMKNPP gagal mengadakan pertemuan dengan TKM1, YB Fairus kerana beliau tidak berada di pejabat kerana terdapat program di luar.
Namun begitu, AMKNPP akan mengatur juga satu pertemuan diantara Biro Politik AMKNPP dengan TKM1, YB Fairus.

picture-0041

 Exco AMK Pusat Sdr Zulkifli Ibrahim dan Naib Ketua AMKNPP, Sdr Amir Ghazali bersama Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar & Tebatan Banjir, YB Law Choo Kiang berbual-bual sebelum perbincangan di jalankan di pejabat beliau.

        

 

 

 

  picture-0023

 Sesi perbincangan YB Exco bersama Biro politik AMKNPP

 

 

 

 

 

 

picture-0051

Pemangku Ketua AMKNPP, YB Ong Chee Wen bersama Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, YB Abdul Malik Kassim.

YB Abdul Malik menyambut baik kunjungan & perbincangan bersama AMKNPP

 

 

 

 

AMK Permatang Pauh Anjur Kejohanan Futsal

futsal2020081-300x257

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

2119978466_0878cee615_m1Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429 Hijrah kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Semoga kita semua menginsafi diri dan menyelami erti pengorbanan.

Pengorbanan dalam menuntut Keadilan. Selama 10 tahun berkorban demi menegakkan keadilan, ramai rakan2 yang terpaksa mengundur diri, memperlahankan langkah dalam perjuangan akibat pengorbanan yang diberikan turut mengorbankan pekerjaan, pendapatan, rumah tangga dan lain2 lagi.

Kepada mereka yang baru menyertai KeADILan, diharap agar tidak mendabik dada, meminggirkan pejuang2 asal keadilan yang terkorban.

Kepada ADUN dan Ahli Parlimen (AP) KeADILan, jalankanlah tugas anda dengan baik, jujur dan amanah. Rakyat telah memberi mandat kepada anda untuk menjadi wakil rakyat di kawasan anda.

AMK Pulau Pinang telah berikrar di dalam konvensyen AMK Pulau Pinang pada bulan Mei yang lalu, bersetuju untuk menjadi mata dan telinga serta memantau prestasi kerja ADUN & AP di setiap daerah.

Aduan serta maklum balas dari bahagian akan AMK Pulau Pinang dapatkan untuk membantu YB2 PKR dalam memastikan aduan / rungutan rakyat agar dapat diselesaikan.

AMK Pulau Pinang telah meminta ketua2 amk di bahagian2 merancang program bersama YB di KADUN masing2.

AMK Penang  juga akan membuat teguran kpd Yb2 untuk memastikan mereka bergerak aktif.

Sekian, Terima Kasih.