KENYATAAN MEDIA AMKPP

29th Jun 2008

> Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang memandang serius tuduhan palsu liwat siri-2 yang dikenakan ke atas

Datuk Seri Anwar Ibrahim.

> Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang yakin tuduhan ini sengaja diadakan bertujuan menghalang beliau dari

mendedahkan maklumat terbaru yang mengaitkan Ketua Polis Negara- Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara -Ghani

Patail dengan konspirasi menjatuhkan beliau pada tahun 1998.

> Kami percaya ini juga merupakan langkah terdesak regim BN untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan rakyat

Malaysia kerana takut akan kuasa rakyat yang semakin berani menyanggah kezaliman, menolak kerajaan serta

pimpinan yang korup dan nyata mahukan perubahan setelah pilihanraya umum – 12 yang lepas.

> Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang mendesak agar tindakan segera diambil terhadap kenyataan bersumpah

Y.M Raja Petra yang mengaitkan Orang No 2 Negara dengan pembunuhan Altantunya. Tuduhan yang disertakan dengan

kenyataan bersumpah adalah serius dan wajar diambil tindakan segera.

> Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dengan ini menyatakan sokongan teguh dan menolak sepenuhnya tuduhan liwat

siri 2 yang nyata mempunyai niat jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami meminta agar penyokong dan

pendokong parti bersabar serta jangan melatah dengan perkembangan ini. Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang telah

mengerakkan ahlinya ke Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan terhadap Bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk

Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Azrizal Tahir

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

Negeri Pulau Pinang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: