Gambar Program Jejak Fakir 4

AMKNPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang untuk program Jejak Fakir4 (JF4) ini.

Gambar-gambar dibawah semasa program JF4 di Seberang Perai (21.9.08)

Para krew konvoi JF4 bergambar dihadapan                      Barang2 bantuan di ‘loading’ dlm lori

galeri pejuang Cherok To’kun. Krew kali ini disertai

oleh semua bangsa.

Syarikat A1 antara yang menyumbang kepada program kali ini.


Antara rumah yang dikunjungi oleh krew JF4. Bayangkan keadaan yang dihadapi oleh kanak2 ini. Semoga dengan bantuan yang disampaikan dapat mereka menyambut Aidilfitri

**gambar2 akan di upload lagi kemudian kerana terdapat sedikit ganguan.. TK

Dikirim dalam Aktiviti. 1 Comment »

Persiapan Program Jejak Fakir 4 AMK P.Pinang

19.9.08 Jumaat- Amk P.Pinang berkumpul di Galeri Pejuang di Cherok To’kun untuk bersama-sama membantu dalam persiapan bagi Program Jejak Fakir yang akan diadakan pada hari Ahad ini 21.9.08.

Terima kasih buat para penyumbang.

Senarai penyumbang2 yang telah menyumbang setakat ini, adalah seperti senarai di bawah:-

1] Yayasan Aman Malaysia

2] Amk bahagian2 – AMK Bukit Mertajam, AMK Nibong Tebal, AMK Tasek Gelugor & AMK

Bayan Baru

3] Syarikat2 – Syarikat A1, CKL]

4] Individu – Dato’ Munir & Datin Intan, Pn Rozita (Balu kepada arwah Sabri Tasek Gelugor)

3 Ditahan I.S.A – UMNO Ingin Bangkitkan Kemarahan Rakyat

12 September 2008, 3 orang telah ditahan dengan I.S.A, Raja Petra Kamaruddin, Tan Hoon Cheng (Wartawan Sin Chew Daily) & YB Teresa Kok telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

AMK P.Pinang meminta agar pihak polis membebaskan semua tahanan ISA yang disalah gunakan oleh pihak pemimpin UMNO bagi menakut-nakutkan rakyat.

Tindakan ini diambil ketika tinggal beberapa hari saja lagi Pakatan Rakyat semakin menghampiri tarikh 16 September.

AMK P.Pinang yakin semua alasan ketegagan kaum yang diwar-warkan oleh Pak Lah sebelum ini bagi menggunakannya sebagai alasan untuk mencipta keadaan kacau bilau, dan seterusnya mengunakan perintah darurat bagi menyelamatkan mereka dalam BN-Umno.

Amat memalukan bagi sebuah kerajaan menahan mereka yang melaporkan keceluparan Umno yang secara terang-terang membangkitkan isu perkauman.

Kenapa Ahmad Ismail dan Khir Toyo yang menjadi dalang dalam mencetuskan api perkauman tidak ditahan?

AML P.Pinang menyeru semua rakan2 semua kaum dan agama di Malaysia agar bertenang dan bersabar agar kita TIDAK dipermainkan dan mengikut rentak yang mahu Umno jayakan. Kita mesti bersatu hati sebagai rakyat Malaysia yang mahukan perubahan pada tarikh 16 Sept ini.

Sama2 kita berdoa agar mereka yang ditahan ISA dibebaskan segera dan semoga kita semua tetap bersatu hati tidak termakan mainan politik kotor UMno.

BAgi pihak AMK P.Pinang

Nampak sangat la yang Paklah dah guna alasan ketegangan perkauman utk guna ISA ni, sebenarnya dia yang creat kemarahan rakyat dengan tahan orang sesuka hati..

Yang pasti, aku nak habaq mai la kita semua jangan jadi emosi ttg pekara ni…. INI lah permulaan untuk Pak Lah nak guna darurat bagi elak peralihan kerajaan….

Rakyat Malaysia kena bersatu, jgn kena racun dengan Umno yg dh gila tahap kronik nak mampus…

Sama2 kita doakan agar depa selamat dan segera dibebaskan dan negara ni x akan jadi haru biru mcm yg dirancang oleh UMNO bangang,,,

Woooiii… pi tahan Ahamad Ismail laaaa…

Jejak Fakir 4

Salam-

 

Rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT. Merujuk kepada perkara diatas.
Berdasarkan program Jejak Fakir yang telah menjadi acara tahunan Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang, saya mewakili Jawatankuasa Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang dengan penuh rasa takzim dan rendah hati ini memohon sumbangan dari pihak rakan-rakan untuk menjayakan program ini.

 

Program ini adalah merupakan kali ke empat setelah bermula sejak tahun 2004. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus. Jawatankuasa Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang akan menetapkan 2 hari untuk menjalankan misi menyampaikan bantuan ke bahagian-bahagian di dalam Negeri Pulau Pinang ( 21hb Sept dan 28 hb Sept 2008). Senarai penerima bantuan disediakan oleh Angkatan Muda Bahagian yang terlibat. Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah. Sumbangan boleh diserahkan kepada saya sendiri atau kepada bendahari Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang.Sasaran bantuan ialah seramai 10 penerima x 11 bahagian= 110 penerima (Keluarga). Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

 

Senarai Barangan Bantuan:
Beras 15% hancur Cap Rambutan 10 Kg – 1 Pek RM 35.00
Gula pasir 1Kg x 2 pek – RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.10 RM 4.20
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg x 2 Pek x RM 2.50 RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 x 1 pek x RM 2.20 RM 2.20
Biskut Hup Seng x 1 Pek x RM 4.00 RM 4.00
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga RM 50.00
Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga RM 105.50
Jumlah keseluruhan untuk menjayakan program ini ialah
RM 105.50 x 110 keluarga : RM 11, 605.00

 

Setakat tarikh email ini dihantar Angkatan Muda Keadilan telah berjaya mengumpulkan RM 1258.00 sumbangan. Kami masih mengharapkan ada sumbangan dari pihak yang prihatin. Sumbangan diterima sehingga 19 hb Sept 2008.Resit akan dikeluarkan atas permintaan. Semoga Allah dapat membalas atas jasa dan sumbangan rakan-rakan sekalian
Sumbangan boleh disalurkan kepada:

 

Bendahari Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
Sdr Aidi Rafizul bin Idrus (Bendahari AMK Negeri Pulau Pinang)
Tel: 016-4362117

 

Account : Aisyalami Ent ( RHB Bank : 20715800028482)
Tel : 012-4984556

 

Regards,
Rizal Tahir
Naib Ketua 1,
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
Dikirim dalam Aktiviti. 1 Comment »