Debat, Menteri Kena Rembat Dengan DSAI

Pandangan selepas menonton DEBAT

Menonton Debat ‘Live’ antara DSAI dengan Dato’ Shabery memang saya akui mulanya saya rasa agak mendebarkan. Takut juga apa yang Umno dah ‘standby’. Tak tau apa yang puak2 Umno nak hentam DSAI.

Tapi, bila start je dengan ucapan aluan dari Si Shabery, dah tau memang puak2 Umno ni nak malukan DSAI dan hentam peribadi beliau saja.

DSAI plak starting dah fokus on isu nak turun harga minyak..

Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi memang kena kaw2 dengan DSAI. Tahap NC UUM nak tanya soalan pun mcm tak confident. Soalan tak matang.Pastu dah kena sebiji sebab tak tau yang gas,petrol dan diesel tu dlm kelompok petroleum… Tu pun Umno boleh bg jd NC UUM… Kalau saya ni masih jadi student UUM, sanggup pi buat DEMO suruh dia letak jawatan… Buat malu nama Universiti.

Kemudian bila si Dr Ayam ni tanya soalan kat Si Shabery, soalan pun memang utk kutuk DSAI… Tah apa punya tahap Dr… Dr beli kot..

Bila tengok si Shabery pulak rasa kesian.. tak dak pulak depa sedia air utk minum, sampai berbuih2 mulut, nasib tak kena sawan babi.. Tapi kira ok la dia ni daripada puak2 Umno yg lain, berani berdebat dengan DSAI… Umno yang lain setakat cakap kat belakang saja…

Yang Si Shabery tak habis2 dok ulang janji PR nak turun minyak kena ikut harga RM1.92, sebelum p/raya. Habis tu yang Gomen BN pi naik minyak lepas p/raya apahal? Janji tak akan naik… Tak kan DSAI nak janji turun minyak mulai harga RM 1.92 plak dah, sebab lani minyak dah jadi RM2.70.. Apa lah malang nasib rakyat Malaysia dapat menteri yang bangang.

Kalau rakyat nak tau ini lah tahap ‘pakai otak’ menteri Umno BN untuk fikirkan masalah rakyat… Tak faham soalan, fakta, penerangan oleh DSAI. Yang point dia ada cuma nak hentam peribadi DSAI dari awal sampai tutup Debat. Soalan ahli panel Sdr Zulkifli Sulong pun tak terjawab.. tu melalut tah kemana2..

Lepas tu masa Nightline TV3, menteri yang mangkuk, si Shahril Samad. Dah orang debat hal minyak nak turun 50 kupang tu, kira termasukla diesel, petrol, gas dan yang sewaktu dengannya.. Ketegori bawah petroleum… Tak dak modal nak jawab…

Sepatutnya ‘gentleman la skit, idea bernas DSAI tu bukan nak kata akan dihalusi, dibincang bersama dlm kabinet, tak langsung dianggap serius…. Yang bangangnya pendebat Umno BN.. lagi ‘OUT’..

DSAI berjaya menfokuskan penerangan kepada rakyat tentang tajuk debat, walaupun beliau perlu juga menangkis tomahan yang si Shabery debatkan..

Bagi saya, rakyat sendiri dapat fikirkan cadangan yang DSAI berikan… Walaupun tahu surat khabar, berita tv nanti akan puji Si Menteri yang tak dak fakta dan kutuk DSAI kaw2 punya dengan pelbagai alasan cadangan itu tak releven, negera jatuh miskin dan lain2..

Mari kita berdoa agar cepat2 PR ambil alih kerajaan Malaysia…

Ke Arah Malaysia Yang Baru

Aidi Rafizul Idrus

Bendahari AMK Negeri P.Pinang



Dikirim dalam Aktiviti. 29 Comments »