AMKNPP Siap Sedia Hadapi Pilihanraya Kecil Pmtg Pauh

Apabila DS Dr Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatan sebagai MP Pmtg Pauh pada 31 Julai 08,untuk memberi laluan kepada DS Anwar bertanding, SU AMKNPP telah menghubungi semua Ketua2 AMK Bhgn dan Exco AMKNPP untuk hadir ke satu taklimat bersama SU AMK Pusat di Yayasan Aman pada jam 10mlm.

Di Masjid Perda, Seberang Jaya telah diadakan solat hajat bersama dengan ustaz Badrul Amin, manakala di Cherok To’kun,AMK BM sedang membuat persiapan bagi program YB NUrul Izzah malam ini 1.8.08.

AMKNPP menyerahkan kepada Ketua AMK Pmtg Pauh untuk menyelaraskan bahagian2 AMK ke 3 DUN di bawah Parlimen Pmtg Pauh. DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.

AMK Negeri2 lain yang akan datang untuk membantu akan diselaraskan mengikut DUN2 berkenaan. Setiap aktiviti telah disusun. AMKNPP yakin pihak UMNO-BN akan menyebarkan fitnah mengenai isu liwat ke2 yang hangat dibualkan.

AMKNPP juga akan memantau pengundi2 hantu yang pastinya akan dibawa masuk oleh pihak UmnoBN. Segala projek2 Kerajaan Pusat sudah pasti akan dibawa tertumpu ke Pmtg Pauh.

Saya yakin, rakyat Permatang Pauh lebih matang dan bijak menilai yang benar dan yang menyelewng. Jika DS Dr Wan Azizah boleh memiliki majoriti lebih drp 13 ribu undi,mengapa tidak kepada DS Anwar.

Apapun, AMKNPP mengalu-alukan kehadiran sukarelawan2 yang mahu membantu dalam pilihanraya kali ini, cuma yang kami akan pastikan TIDAK ada sukarelawan pilihanraya kecil yang bernama Saiful Bukhairi…

Dikirim dalam Aktiviti. 4 Comments »