PAINTBALL AMK BATU KAWAN

poster-pbll1

Siapa Pemimpin PKR P.Pinang yang disiasat?

dscn0054-748349P.Pinang,Sabtu,8MAC 09 Pengerusi Perhubungan Negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Dato’ Mohd Zahrain Md Hashim telah menerima dokumen2 ‘bukti’ daripada Sdr Amizudin yang sebelum ini telah mengadakan sidang media dengan mendedahkan bahawa terdapat pemimpin PKR P.Pinang terlibat dengan beberapa kesalahan dalam melindungi pengusaha kuari.

Satu Badan Khas Siasatan yang ditubuhkan pada hari Sabtu akan diketuai oleh Sdr. Abdul Halim (Speaker DUN). Manakala ahli2 lain yang terlibat dalam siasatan ini ialah Timbalan Speaker, Tan Hock Leong (ADUN Machang Bubok), Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak) dan VS Raveetharan (ADUN Batu Uban). Bahan bukti laporan terbabit juga telah diserahkan kepada Sdr Abdul Halim untuk tindakan selanjutnya bersama J/kuasa terbabit.

Sdr Amizudin menjelaskan bahawa beliau telah menyerahkan bukti2 berkaitan    kepada Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah. Beliau juga mendakwa telah difitnah oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab dengan menyatakan beliau ada menerima wang sebanyak RM 5,000.00 setiap bulan daripada pengusaha kuari, mempunyai 4 buah kereta dan 2 isteri.

Amizudin menjelaskan bahawa beliau perlu membuat penjelasan kepada masyarakat dan ahli parti untuk membersihkan nama dan maruah beliau kerana fitnah ini dan beliau menafikan pendedahan ini dibuat kerana beliau kecewa dengan tindakan pimpinan parti kerana tidak mahu menyambung semula khidmatnya sebagai ahli majlis MPSP akibat fitnah yang disebarkan dan pendedahan yang dibuatnya.

Amizudin sebelum ini telah mendedahkan bahawa 3 buah kuari di Seberang Perai telah didapati menyembunyikan fakta sebenar pembayaran hasil royalti kepada kerajaan negeri. Atas tindakan beliau, 3 kuari ini telah dikenakan denda dengan membayar kepada kerajaan negeri hampir RM800,000.00.

Dikirim dalam Berita. Leave a Comment »

PENGUMUMAN FORUM

Forum Dipengerusikan oleh Ustas Mohd Zaki Ismail

Ahli Panel

1: Usts Zakaria Hj Ahmad

2. Usts Zolkhibri Abd Aziz

Tarikh : 15 Mac 2009 (Ahad)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Surau Taman Kota Permai, Bukit Mertajam

Semua dijemput Hadir

Bakal Perdana Menteri Malaysia?

Bakal Perdana Menteri Malaysia yang diagung-agungkankan oleh orang BN.

tembak

Ketua AMK Kepala Batas disiasat PKR

 Malaysiakini (5/3/09)
 
Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu berhubung dakwaannya baru-baru ini bahawa beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu menerima wang dari pengusaha kuari.Amizudin diminta hadir pada Sabtu ini. Beliau mendapat dakwaan tersebut melalui media pada 26 Februari lalu.

Beliau memberitahu demikian hari ini ekoran kenyataan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berhubung perkara itu, lapor Bernama.

Zahrain dilaporkan menegur Hashim kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Amizudin berkata, beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan melibatkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak.

“Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti,” katanya kepada pemberita.

Amizudin juga terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak disambung.

Amizudin berkata beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau telah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

KENYATAAN AKHBAR – PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR

 26 FEBRUARI 2009

PNSB MESTI MENYERAHKAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.

Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA. Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Dikirim dalam Berita, Hebahan. 1 Comment »

Solat Sunat Gerhana Matahari

26.1.09 , Isnin akan berlaku satu fenomena gerhana matahari di Malaysia di antara jam 4.30 petang.

AMK Bukit Mertajam disamping menganjurkan kejohanan bola sepak 9 sebelah terbuka, mengajak semua anak-anak muda bersama-sama mengerjakan solat sunat gerhana matahari.

Bersama dengan Jawatankuasa masjid Jamek Cherok To’kun Bawah, AMKBM akan mengadakan solat sunat tersebut dan khutbah di padang bola Jalan Kolam, Cherok To’kun Bawah.

AMKBM menjemput anak-anak muda yang mempunyai kelapangan masa bersama-sama mengerjakan solat sunat ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina – AMK Bukit Mertajam

cny-amkbm2

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Anjuran AMK Bkt Mertajam

Bagi yang berminat untuk menyertai….

Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Terbuka Anjuran AMK Bukit Mertajam

Tarikh :26.1.09 (Isnin)
Masa: 8 pagi – 6 petang
Tempat: Padang Awam Cherok To’kun, Bukit Mertajam.

Hadiah2 seperti berikut :-
1st Place: RM1,500.00 + Piala Iringan + Piala Pemain
2nd Place: RM 1,000.00 + Piala Iringan + Piala Pemain
3rd Place: RM 500.00 + Piala Pemain
4rd Place: RM300.00 + Piala Pemain
Selanjutnya: klik link dibawah
http://chetokun.blogspot.com/2009/01/saja-nak-habaq-mai-lawan-bola-9-sebelah.html

Jom Gi Gannu- Konvoi Jentera Anak Muda PR ke PRK Kuala Terengganu

7/1/09- Permatang Pauh. Angkatan Muda Keadilan Bahagian Permatang Pauh akan menganjurkan Konvoi Jentera Anak Muda Pakatan Rakyat ke PRK Kuala Terengganu pada 15/1/09 ini. AMK Permatang Pauh menganjurkan konvoi ini dengan tujuan untuk mengumpul seramai mungkin jentera-jentera sukarelawan anak muda dari Pakatan Rakyat yang mahu bersama-sama menyumbang tenaga untuk gerak kerja pilihanraya di Kuala Terangganu.

Menurut Sdr Amir Ghazali, Ketua AMK Pmtg Pauh, sesiapa sahaja yang mahu menyumbangkan tenaga mereka secara sukarela boleh menyertai konvoi ini diminta berkumpul di kawasan gerai Char Kue Tiew Kubang Semang (belakang Masjid Kubang Semang). Konvoi ini dijangka bertolak dari Kubang Semang pada pukul 4 petang 15/1/09 ke K.Terengganu. Mereka akan berada di K.Terengganu sehingga 17/1/09 sebagai petugas sukarelawan PR.

Sebarang pertanyaan mengenai konvoi ini atau jika ada pihak-pihak yang ingin menyalurkan lain-lain bentuk sumbangan, sila hubungi Sdr Amir (013-5848386) untuk maklumat lanjut.

Dikirim dalam Aktiviti. 1 Comment »