PENGUMUMAN FORUM

Forum Dipengerusikan oleh Ustas Mohd Zaki Ismail

Ahli Panel

1: Usts Zakaria Hj Ahmad

2. Usts Zolkhibri Abd Aziz

Tarikh : 15 Mac 2009 (Ahad)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Surau Taman Kota Permai, Bukit Mertajam

Semua dijemput Hadir

KENYATAAN AKHBAR – PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR

 26 FEBRUARI 2009

PNSB MESTI MENYERAHKAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.

Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA. Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Dikirim dalam Berita, Hebahan. 1 Comment »

Kunjungan Ketua AMK Malaysia ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1

26hb Mac 08. Angkatan Muda KeADILan Malaysia akan membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menyusun program-program pembangunan belia. Ketua AMK Malaysia, Sdr Shamsul Iskandar Md Akin menyatakan sokongan AMK bersama Kerajaan Negeri semasa kunjungan hormat Exco AMK Malaysia dan Exco AMK Pulau Pinang di pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, petang tadi.YB Muhammad Fairus berterima kasih atas keperihatinan AMK Malaysia untuk bersama memberi kerjasama dalam membangunankan Pulau Pinang. Tekanan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada P.Pinang amat tinggi. Agensi-agensi kerajaan di bawah kerajaan persekutuan kurang memberi kerjasama. BN memberi tekanan ke atas pimpinan Lim Guang Eng. Banyak kes-kes rasuah mula dibongkar.Kes-kes rasuah / salah guna kuasa yang telah dimaklumkan oleh YB Fairus sedang diperhalusi.
YB Fairus juga memaklumkan bahawa semakin ramai yang berani tampil membuat sokongan dan memberi maklumat kepadaYB turut memberitahu AMK bahawa guru-guru besar dan pengetua sekolah-sekolah di P.Pinang telah diarahkan atau ‘dinasihati’ untuk tidak menjemput mana-mana Exco Kerajaan Negeri P.Pinang yang baru sebagai tetamu kehormat atau VIP dalam apa jua program perasmian sekolah.Arahan ini datang daripada Pegawai Kanan dari pejabat Pelajaran P.Pinang dimana ia dibawah Kementerian Pelajaran. Arahan ini hanya dibuat secara lisan bukannya bertulis kepada pengetua dan guru besar sekolah. YB Abd Malik telah memaklumkan di dalam mesyuarat Exco yang dia telah menerima jemputan dari sebuah sekolah, tetapi petangnya pula jemputan keatasnya telah dibatalkan oleh pihak sekolah.
Pihak BN masih tidak menghormati pilihan rakyat di Pulau Pinang dengan membuat tekanan ketas pemerintah. Menurut YB Fairus, sebanyak 7 kes penyelewangan tanah telah dikesan. Beliau juga dilantik mengetuai Badan Siasatan Penyelewengan yang berlaku.Sementera itu, menurut YB, pihak polis juga enggan memberi kerjasama kepada Ketua Menteri dengan menyediakan escort Rider untuk urusa rasmi. Alasan mereka ialah Jabatan Polis terletak dibawah bidang kuasa Federal. Senang saja polis bagi alasan.

Fail-fail yang sepatutnya ada di pejabat exco turut tiada. Semuanya habis diangkut.Sehingga sukar para Exco membuat rujukan. Sampai begitu sekali pihak BN menekan Kerajaan P.Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Turut Meraikan Maulidul Rasul

Selepas program perarakan Maulidul Rasul yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Masjid Seberang Jaya ke Tapak Ekspo Seberang Jaya, kebanyakkan peserta yang menghadiri program tersebut terkejut dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng bersama-sama TYT Pulau Pinang menyambut ketibaan peserta perarakan di Tapak Ekspo.

Kerajaan Negeri yang sebelum ini dipimpin oleh Barisan Nasional tak pernah pula Ketua Menterinya hadir bersama umat Islam meraikan Maulidul Rasul. Sikap Ketua Menteri yang baru amat berbeza dengan yang lama. Ramai dikalangan peserta menyatakan perbezaan ini.

YAB Lim Guan Eng sebelum ini pun dipenjarakan kerana membantu gadis melayu, jadi penduduk Pulau Pinang tak perlu rasa takut dengan propaganda yang dicanangkan oleh UMNO yang kebajikan orang melayu akan tergadai. Sebelum ini selama 50 tahun pun bukannya UMNO Pulau Pinang benar-benar membela nasib melayu, malah hampir habis tanah orang melayu tergadai.

Dikirim dalam Berita, Hebahan. 1 Comment »

Kenyataan Media AMK P.Pinang

KENYATAAN MEDIA
19 Mac 2008

MENYOKONG AGENDA EKONOMI MALAYSIA

Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang dengan ini menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru dibentuk; Termasuk mengenai implementasi pengunaan Agenda Ekonomi Malaysia dalam merencana ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang mengecam tindakan kumpulan-kumpulan yang memanipulasikan isu berkaitan perkauman didalam usaha mereka untuk menidakkan kekalahan dalam pilihanraya yang lepas.

Kita bersedia untuk mengempur dan mendedahkan bagaimana dasar ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu telah dipergunakan oleh kelompok tertentu untuk mengaut kekayaan dalam keadaan rakyat terbanyak dinafikan hak ekonomi mereka. Dalam masa terdekat ini kami akan mendedahkan harta kekayaan milik pemimpin UMNO khususnya di negeri ini.

Walaubagaimanapun, kita menghormati mereka yang sedang mempraktikan ruang demokrasi dalam menyuarakan hak dan bantahan mereka secara terbuka. Angkatan Muda menyeru kumpulan-kumpulan ini untuk berdebat secara terbuka mengenai isu ekonomi dan pembangunan rakyat. Kita bersedia untuk berkongsi pentas untuk memperdebatkan isu tersebut.

Masalah rakyat hari ini bukan masalah perkauman tetapi masalah pembahagian kekayaan dan ekonomi kepada masyarakat terbanyak serta penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan terdahulu.

Dr Azhar bin Dato Haji Ahmad
Ketua Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang.
19 Mar 2008

Exco AMK P.Pinang Bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang

Exco Angkatan Muda Keadilan P.Pinang telah membuat kunjungan ke pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 18hb Mac. Walaupun YB Muhammad Fairuz sibuk dengan urusan rasmi, kunjungan daripada wakil-wakil Parti Alternatif yang lain, belaiu masih sempat meluangkan masa berbincang mengenai isu-isu semasa serta memberi pandangan serta cadangan untuk memantapkan AMKNPP.

Turut sama bersama exco AMKNPP, Sdr Badrul Hisham Ahli MPT PKR, Exco AMK Malaysia, Sdr Zulkifli Ibrahim dan Sdr Amizudin Ahmat. Ketua AMKNPP, Dr. Azhar Ahmad meminta semua exco AMKNPP bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyampai maklumat yang tepat kepada rakyat P.Pinang tentang isu DEP yang dibangkitkan oleh UMNO P.Pinang.

Dr.Azhar turut menyatakan sokongan AMKNPP terhadap kerajaan negeri dan berjanji akan membantu kerajaan negeri dalam pembangunan belia P.Pinang.

Timbalan Ketua Menteri,YB Muhammad Fairuz juga memberi jaminan untuk membantu usaha-usaha yang AMKNPP lakukan untuk membangun belia P.Pinang.

Senarai Calon-Calon PKR Pulau Pinang

Seberang Jaya- 22 Februari 2008
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan senarai calon-calon yang akan bertanding pada pilihanraya yang ke 12 kali ini. Pengumuman telah dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan pejabat PKR Negeri di Taman Kelasah, Seberang Jaya. Berikut merupakan senarai calon-calon yang disenaraikan.

PARLIMEN

P44 Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

P47 Nibong Tebal Tan Tee Beng

P52 Bayan Baru Dato’ Zahrain Mohamed Hashim

P53 Balik Pulau Yusmadi Yusoff

DUN

N.02 Bertam Noorsiah binti Md Arshad

N.03 Pinang Tunggal Mahamad bin Hashim

N.06 Telok Air Tawar Norhayati binti Jaafar

N.10 Seberang Jaya Ramli bin Bulat

N.12 Penanti Mohammad Fairus bin Khairuddin

N.14 Machang Bubuk Tan Hock Leong

N.17 Bukit Tengah Ong Chin Wen

N.18 Bukit Tambun Law Choo Kiang

N.20 Sungai Bakap Maktar bin Shapee

N.21 Sungai Acheh Dr. Azhar bin Datuk Hj Ahmad

N.24 Kebun Bunga Ong Khan Lee

N.35 Batu Uban Raveentharan A/L V Subramaniam

N.36 Pantai Jerjak Sim Tze Tzin

N.37 Batu Maung Abdul Malik bin Kassim

N.39 Pulau Betong Dr. Mansor bin Othman

N.40 Teluk Bahang Abdul Halim bin Hussain