PERMATANG PAUH-Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang telah berjaya mengadakan kejohanan futsal yang dikelolakan oleh AMK Permatang Pauh di Safira Club pada 20/12/08. YB Dato’ Seri Anwar & Dato’ Seri Dr. Wan Azizah tiba sekitar jam 9.30 pagi sempat juga meluangkan masa serta beramah mesra dengan pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan Futsal Piala Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.
YB Law Choo Kiang, EXCO Pertanian Negeri telah merasmikan kejohanan futsal yang pertama kali di adakan dan disertai oleh 61 pasukan. Johan kejohanan ini di menangi oleh A BOY FC dari Bukit Mertajam dimana menerima hadiah sebanyak RM2000.
Majlis penutup kejohanan disempurnakan oleh Yb Mohd Fairus TKM1 Pulau Pinang.
gambar-gambar sekitar program futsal oleh amkpenang & dari blog wartawan rasmi laman reformasi.

YB Law melakukan sepak mula bagi merasmikan Pertandigan Futsal

DSAI turut turun memberi sokongan pada program AMK

Exco AMKNPP bersama YB Law

23 Disember, 2008 at 10:35 am
[…] Karnival Futsal Terbuka DSAI berlangsung meriah dan lancar last saturday. We lost all game in grouping stage! Hahaha. Doesn’t matter. After all it was the very first time we all play together as a team. Good exposure I must say. Apparently the standard here much more higher than Kuantan. […]