Kenyataan Media AMK Pulau Pinang

  Siapa Khairy Jamaluddin,Menteri penuh atau sekadar seorang ahli politik yang menyalak bagai jagoan tetapi bacul berdepan realiti?

  Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang telah bermesyuarat 19 Jun 2008 jam 9 malam di Pengerusikan oleh Sdr Amir Ghazali Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang,salah satu usul mesyuarat adalah mengenai cabaran Khairy pada 16 Jun 2008, terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat selain daripada usul memperkasakan AMK Negeri.

  Khairy jangan nak menunjukkan beliau sebagai jagoan politik yang ingin membariskan diri beliau setaraf dengan Dato Seri Anwar Ibrahim,Ingin kita tegaskan kenyataan beliau hanya layak menyalak setelah beliau sendiri bersih daripada segala skandal yang membabitkan saham ECM Libra serta kemelut & tuduhan mengambil kesempatan membolot harta negara dengan menggunakan kedudukan sebagai menantu Perdana Menteri.

  Tegas AMK Pulau Pinang, kita membalikkan cabaran kepada beliau untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rembau & di adakan pilihanraya semula sekiranya selepas 16 september 2008 kerajaan persekutuan bertukar kepada Pakatan Rakyat.Bagi AMK,Khairy tidak dapat tidur lena kerana beliau bukan lagi menjadi Ahli Parlimen pemerintah.Oleh yang demikian amatlah wajar sekiranya Khairy menyahut cabaran mengosongkan kerusi Parlimen Rembau sebelum menunggu jawapan dari Dato Seri Anwar Ibrahim.Bagi AMK,sepatutnya Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya menyahut cabaran Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan pentadbiran kerajaan pimpinan Dolah Badawi yang tidak peka dengan kesengsaraan rakyat hasil tindakan yang tidak cekap kepimpinan BN dalam menguruskan ekonomi negara.

  Kepada Khairy,jangan pandai menyalak berkenaan kerajaan yang tidak bermaruah jiks tidak mendapat mandat rakyat.kamu yang patut sedar bahawa kamu tidak punya maruah menggunakan kedudukan sebagai menantu Perdana Menteri membolot hasil negara.

  AMK Pulau Pinang sekali lagi mencabar Khairy untuk letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau sekiranya kerajaan persekutuan bertukar selepas 16 september 08.

  Turut hadir dalam mesyuarat AMK Pulau Pinang ialah Saudara Amizudin Ahmat & Saudara Zulkifli Ibrahim selaku Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang juga turut sependapat dengan AMK Pulau Pinang,bahkan menambah,Khairy bukan saja tidak layak di ajukan cabaran kepada Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi juga tidak layak di tujukan cabaran kepada Exco AMK,Pemuda PAS & DAP dalam Pakatan Rakyat kerana kami hanya menganggap Khairy sebagai seorang kepimpinan Pemuda UMNO Cawangan kerana beliau sendiri bacul untuk berdebat dengan Saudara Badrul Hisham Saharin dalam Kempen pilihanraya umum ke-12 di Rembau dengan alasan beliau dalam kesibukan masa.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: