Perubahan Pemimpin AMK

AMK Negeri Pulau Pinang agak terkejut dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua AMK Pusat, Saudara Shamsul Iskandar tentang pertukaran pucuk pimpinan Ketua AMKNPP Dr. Azhar Ahmat. Ini kerana pihak Exco AMKNPP sendiri tidak mendapat sebarang maklumat awal dan sebarang pekeliling tentang perkara ini.

Memang Ketua AMK Malaysia mempunyai kuasa untuk melantik Ketua AMK Negeri, namun pihak AMKNPP berharap perkara ini dimaklumkan terlebih dahulu kerana Ketua-Ketua AMK Bahagian juga berhak untuk menyatakan pandangan mereka masing-masing.

Bagi AMKNPP, tiada masalah untuk menerima perlantikan Ketua AMKNPP yang baru kerana setiap pemimpin pasti datang dan pergi,namun pihak AMK Malaysia harus lebih peka dan prihatin dengan pandangan atau suara daripada setiap Ketua AMK Bahagian yang telah dipilih dalam pemilihan oleh ahli-ahli bahagian.

Petikan Kenyatan AMK Malaysia

Kuala Lumpur, 11 Mei – Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memperkemaskan jentera organisasinya dengan melakukan beberapa rombakan di dalam kepimpinan AMK di peringkat Pusat dan Negeri.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini,rombakan tersebut melibatkan beberapa jawatan lantikan  bertujuan untuk melicinkan operasi gerak kerja AMK di peringkat Pusat dan Negeri.

Jawatan Setiausaha AMK kini disandang oleh bekas Pengarah Pilihanraya AMK, Zulfikar Ali Ariffin dibantu oleh dua Penolong Setiausaha, YB Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak) dan Maharul Ismail. Manakala Ketua Penerangan pula disandang oleh ADUN Hutan Melintang, Perak iaitu YB S. Kesavan dibantu oleh Timbalan Ketua Penerangan yang baru, Fadhiah Nadwa Fitri.

Setiausaha AMK Perak, Eric Khor; bekas Setiausaha AMK, Ahmad Zaki Yamani; dan peguam muda, Ahmad Nazif Johari dilantik menjadi Exco AMK Pusat.

Untuk memperkukuhkan gerak kerja AMK di peringkat Parlimen dan DUN, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Ahli Parlimen dan ADUN AMK bertujuan untuk menyelaraskan semua urusan pentadbiran Parlimen dan DUN yang melibatkan Ahli Yang Berhormat di kalangan pimpinan AMK.

Selain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff diamanahkan sebagai Pengarah Strategi AMK, dan Fariz dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihanraya AMK.

Berikut adalah merupakan senarai lantikan baru Ketua-Ketua AMK Negeri:

Ketua AMK Perlis: Zamri Sapar (kekal)
Ketua AMK Kedah: Cikgu Azman
Ketua AMK Pulau Pinang: YB Yusmadi Yusoff
Ketua AMK Perak: Anuar Zakaria (kekal)
Ketua AMK Wilayah Persekutuan: Md. Zaman Md. Tasi (kekal)
Ketua AMK Selangor: Khairul Annuar Ahmad Zainudin
Ketua AMK Negeri Sembilan: Halim Abd Aziz (kekal)
Ketua AMK Melaka: Tan Seng Toh
Ketua AMK Johor: YB Amirudin Shari
Ketua AMK Terengganu: Fariz Musa
Ketua AMK Kelantan: Wan Khairul Ihsan
Ketua AMK Pahang: Zulfikar Ali Ariffin (memangku)
Ketua AMK Sabah: Abd Razak Jamil
Ketua AMK Sarawak: Rahamat Idil Latif

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: