Pulau Pinang Terima 11 Ribu Ahli Baru Dalam 2 Bulan

OLEH:Amiruddin Ahmad
Seberang Jaya- 10 Mei- Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah telah sudi menerima kemasukan ahli baru PKR seluruh Pulau Pinang sebanyak 11,000 keahlian di mana 3360 keahlian adalah terdiri dari kalangan kaum India.Majlis yang dihadiri lebih 5000 orang ini diadakan di dewan tapak Expo Seberang Jaya.

Turut hadir dalam upacara yang penuh gilang gemilang ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Yb Mohd Fairoz dan juga barisan EXCO kerajaan negeri yang terdiri dari YB Law Choo Kiang,YB Abdul Malik,YB Ravi, Ketua AMK Negeri Dr Azhar, Pengerusi Pilihanraya Negeri Pak Mus, Ahli masyarakat bagi kaum India Mr Arumugam , para pejuang Reformis, para penyokong dan juga orang ramai yang kebanyakkannya kaum India yang memenuhi Dewan Expo Seberang Jaya.

Sehubungan dengan itu juga MUIP Malaysian Indian United Party telah dibubarkan dimana 60 bahagian MUIP turut di bubarkan ,dan ahlinya secara rasmi telah menyertai PKR dan menubuhkan cawangan-cawangan mereka di kawasan –kawasan yang suatu ketika dahulu tidak pernah termimpikan oleh PKR untuk masuk ke kawasan tersebut atas berbagai faktor terutamanya keinginan untuk menyertai parti PKR .


Kemasukkan secara beramai-ramai ini dan pembubaran MUIP dilihat sebagai satu tamparan hebat buat Pengerusi MIC Dato Sri Samy Vellu yang mendabik dada menyatakan bahawa kaum India hanya memerlukan beliau sebagai pemimpin mereka di Malaysia adalah meleset sama sekali.

Sementara itu Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah pula dengan penuh rasa bersyukur kerana kaum India telah mulai sedar bahawa selama ini pun MIC masih gagal untuk membantu kaum India terutamanya dari segi hak mendapatkan pendidikan bagi sekolah-sekolah Tamil di Malaysia ini. Sama seperti UMNO, mereka juga gagal untuk membela nasib kaum Melayu terutamanya masyarakat luar Bandar, malahan kes-kes rasuah yang melibatkan kerajaan Negeri masih banyak untuk didedahkan dan diselesaikan dalam sedikit masa lagi.

Dalam ucapan beliau juga, Datin Seri Wan Azizah juga meningatkan kepada seluruh ahli parti dan masyarakat agar menjadi ahli parti yang sama-sama bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dimana saling tolong menolong dan bantu membantu antara yang kaya dan yang miskin, mejadi masyarakat yang bertanggungjawab dan membuang sifat kefahaman bangsa kerana sebagai masyarakat berbilang kaum, kerjasama antara berbagai kaum adalah penting.”betul kita membantu kaum Melayu, tapi kita juga membantu kaum cina dan India yang miskin,Bukan semua orang Melayu kaya,Orang Cina kaya ,orang India kaya,tetapi jurang antara ketiga-tiga kaum ini ada perbezaannnya dan kita akan menjadikan kekayaan Negara ini sebagai satu langkah membantu semua bangsa yang memerlukan”, demikian jelas Beliau dan di beri tepukan gemuruh.

“Memang sekarang ini pembangkang, terutamanya negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menerima serangan bertubi-tubi, dan cuba mengalihkan isu dengan isu mengina Sultan , tetapi sebagai rakyat yang prihatin dan bijak , rakyat tahu menilai siapa kah yang pernah menghina Sultan dan Raja-Rakja Melayu malahan kita tidak berniat untuk mengenepikan pihak Istana .Kita lakukan ini tanpa mengenepikan istana malahan kita memerlukan istitusi Raja-Raja sebagai mana termaktub dalam perlembagaan Negara dan Undang-undang Negara.”disambut dengan tepukan dan laungan makkal sakti dan Reformasi.

Ehsan:Blog Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: