KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG UMUM BANTUAN BERAS PERCUMA

OLEH : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

Seberang Jaya-10Mei-Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini secara rasminya mengumumkan memberi bantuan beras percuma kepada seluruh masyarakat miskin di Pulau Pinang yang berada dibawah paras kemiskinan .

Bantuan tersebut berupa beras dan juga semua penduduk yang terlibat telah dikenalpasti.”setakat ini kita memikirkan dengan kenaikkan harga beras, kita akan memberi bantuan permulaan,bantuan yang lain akan kita bincangkan secara rasmi bersama-sama EXCO kerajaan negeri”, demikian jelas TKM Pulau Pinang Tuan YB Mohd Fairoz dalam ceramahnya di Seberang Jaya.”Ini tidak bermakna kita memberinya setiap bulan, tetapi kita akan berusaha memikirkan cara-cara tertentu untuk membantu golongan ini”.Demikian jelas beliau lagi.

Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluan oleh Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang 1 Tuan YB Mohd Fairos pula , menjelaskan bahawa kerajaan Negeri akan berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat negeri sebaik mungkin.”Diatas ini para barisan Exco , dah mula jadi kurus secara semula jadi kerana bersengkang mata siang malam untuk menyelesaikan masaalah rakyat.Saya sendiri pulang jam 3 pagi kerana menyelesaikan kerja dan ini adalah untuk rakyat”, demikian jelas beliau lagi.

Beliau yang berucap dalam majlis mesra bersama Rakyat anjuran PKR dan penerimaan keahlian baru seramai 11000 keahlian menjelaskan bahawa”Sasaran kita sehingga akhir tahun ini kita akan mendapat keahlian baru sebanyak 11000 ribu ,dan penubuhan beberapa cawangan baru, namun, kita terkejut apabila dalam jangka masa 2 bulan dari sekarang ini, kita menerima 11,000 keahlian , dan ini sesuatu yang mengejutkan”.

Pulau Pinang Terima 11 Ribu Ahli Baru Dalam 2 Bulan

OLEH:Amiruddin Ahmad
Seberang Jaya- 10 Mei- Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datin Seri Wan Azizah telah sudi menerima kemasukan ahli baru PKR seluruh Pulau Pinang sebanyak 11,000 keahlian di mana 3360 keahlian adalah terdiri dari kalangan kaum India.Majlis yang dihadiri lebih 5000 orang ini diadakan di dewan tapak Expo Seberang Jaya.

Turut hadir dalam upacara yang penuh gilang gemilang ialah Timbalan Ketua Menteri 1 Yb Mohd Fairoz dan juga barisan EXCO kerajaan negeri yang terdiri dari YB Law Choo Kiang,YB Abdul Malik,YB Ravi, Ketua AMK Negeri Dr Azhar, Pengerusi Pilihanraya Negeri Pak Mus, Ahli masyarakat bagi kaum India Mr Arumugam , para pejuang Reformis, para penyokong dan juga orang ramai yang kebanyakkannya kaum India yang memenuhi Dewan Expo Seberang Jaya.

Sehubungan dengan itu juga MUIP Malaysian Indian United Party telah dibubarkan dimana 60 bahagian MUIP turut di bubarkan ,dan ahlinya secara rasmi telah menyertai PKR dan menubuhkan cawangan-cawangan mereka di kawasan –kawasan yang suatu ketika dahulu tidak pernah termimpikan oleh PKR untuk masuk ke kawasan tersebut atas berbagai faktor terutamanya keinginan untuk menyertai parti PKR .


Kemasukkan secara beramai-ramai ini dan pembubaran MUIP dilihat sebagai satu tamparan hebat buat Pengerusi MIC Dato Sri Samy Vellu yang mendabik dada menyatakan bahawa kaum India hanya memerlukan beliau sebagai pemimpin mereka di Malaysia adalah meleset sama sekali.

Sementara itu Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah pula dengan penuh rasa bersyukur kerana kaum India telah mulai sedar bahawa selama ini pun MIC masih gagal untuk membantu kaum India terutamanya dari segi hak mendapatkan pendidikan bagi sekolah-sekolah Tamil di Malaysia ini. Sama seperti UMNO, mereka juga gagal untuk membela nasib kaum Melayu terutamanya masyarakat luar Bandar, malahan kes-kes rasuah yang melibatkan kerajaan Negeri masih banyak untuk didedahkan dan diselesaikan dalam sedikit masa lagi.

Dalam ucapan beliau juga, Datin Seri Wan Azizah juga meningatkan kepada seluruh ahli parti dan masyarakat agar menjadi ahli parti yang sama-sama bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dimana saling tolong menolong dan bantu membantu antara yang kaya dan yang miskin, mejadi masyarakat yang bertanggungjawab dan membuang sifat kefahaman bangsa kerana sebagai masyarakat berbilang kaum, kerjasama antara berbagai kaum adalah penting.”betul kita membantu kaum Melayu, tapi kita juga membantu kaum cina dan India yang miskin,Bukan semua orang Melayu kaya,Orang Cina kaya ,orang India kaya,tetapi jurang antara ketiga-tiga kaum ini ada perbezaannnya dan kita akan menjadikan kekayaan Negara ini sebagai satu langkah membantu semua bangsa yang memerlukan”, demikian jelas Beliau dan di beri tepukan gemuruh.

“Memang sekarang ini pembangkang, terutamanya negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat menerima serangan bertubi-tubi, dan cuba mengalihkan isu dengan isu mengina Sultan , tetapi sebagai rakyat yang prihatin dan bijak , rakyat tahu menilai siapa kah yang pernah menghina Sultan dan Raja-Rakja Melayu malahan kita tidak berniat untuk mengenepikan pihak Istana .Kita lakukan ini tanpa mengenepikan istana malahan kita memerlukan istitusi Raja-Raja sebagai mana termaktub dalam perlembagaan Negara dan Undang-undang Negara.”disambut dengan tepukan dan laungan makkal sakti dan Reformasi.

Ehsan:Blog Wartawan Rasmi Laman Reformasi