Kenyataan Media AMK P.Pinang

KENYATAAN MEDIA
19 Mac 2008

MENYOKONG AGENDA EKONOMI MALAYSIA

Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang dengan ini menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru dibentuk; Termasuk mengenai implementasi pengunaan Agenda Ekonomi Malaysia dalam merencana ekonomi Negeri Pulau Pinang.

Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang mengecam tindakan kumpulan-kumpulan yang memanipulasikan isu berkaitan perkauman didalam usaha mereka untuk menidakkan kekalahan dalam pilihanraya yang lepas.

Kita bersedia untuk mengempur dan mendedahkan bagaimana dasar ekonomi yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu telah dipergunakan oleh kelompok tertentu untuk mengaut kekayaan dalam keadaan rakyat terbanyak dinafikan hak ekonomi mereka. Dalam masa terdekat ini kami akan mendedahkan harta kekayaan milik pemimpin UMNO khususnya di negeri ini.

Walaubagaimanapun, kita menghormati mereka yang sedang mempraktikan ruang demokrasi dalam menyuarakan hak dan bantahan mereka secara terbuka. Angkatan Muda menyeru kumpulan-kumpulan ini untuk berdebat secara terbuka mengenai isu ekonomi dan pembangunan rakyat. Kita bersedia untuk berkongsi pentas untuk memperdebatkan isu tersebut.

Masalah rakyat hari ini bukan masalah perkauman tetapi masalah pembahagian kekayaan dan ekonomi kepada masyarakat terbanyak serta penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan terdahulu.

Dr Azhar bin Dato Haji Ahmad
Ketua Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang.
19 Mar 2008

Exco AMK P.Pinang Bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang

Exco Angkatan Muda Keadilan P.Pinang telah membuat kunjungan ke pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada 18hb Mac. Walaupun YB Muhammad Fairuz sibuk dengan urusan rasmi, kunjungan daripada wakil-wakil Parti Alternatif yang lain, belaiu masih sempat meluangkan masa berbincang mengenai isu-isu semasa serta memberi pandangan serta cadangan untuk memantapkan AMKNPP.

Turut sama bersama exco AMKNPP, Sdr Badrul Hisham Ahli MPT PKR, Exco AMK Malaysia, Sdr Zulkifli Ibrahim dan Sdr Amizudin Ahmat. Ketua AMKNPP, Dr. Azhar Ahmad meminta semua exco AMKNPP bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyampai maklumat yang tepat kepada rakyat P.Pinang tentang isu DEP yang dibangkitkan oleh UMNO P.Pinang.

Dr.Azhar turut menyatakan sokongan AMKNPP terhadap kerajaan negeri dan berjanji akan membantu kerajaan negeri dalam pembangunan belia P.Pinang.

Timbalan Ketua Menteri,YB Muhammad Fairuz juga memberi jaminan untuk membantu usaha-usaha yang AMKNPP lakukan untuk membangun belia P.Pinang.