Dari Cherok To’kun Ke Istana Negara

Tahniah buat semua rakyat Malaysia yang hadir pada 10 November.

bersih_rally.gifSaya membuat keputusan untuk pergi ke Kl dengan rakan-rakan PAS di Cherok To’kun, Bukit Mertajam. Kami bertolak pada jam 430 pagi dengan 2 buah Toyota Avanza selepas bersolat musafir dan hajat di masjid Jamek Cherok To’kun Bawah.

Kami tiba di R & R Tapah jam 630 pagi. Saya dapati cukup ramai jemaah sewaktu solat Subuh di Tapah. Semua nak ke KL. Ada yang dari Kedah, Perlis dan Perak. Rasa teruja untuk tiba di KL semakin berkobar2. Saya tefikir agak2 kali ini suasana bahang 98 akan kembali membangkitkan semangat rakyat ke tak.

Kami dapat berita yang bas2 dari utara kena tahan dekat tol Juru, habis kena geledah beg cari baju kuning Bersih.. yang ada kena rampas. Sampai begitu sekali pihak polis Malaysia… Tangkap baju kuning pun dah ok…

Kami seterusnya terus keluar melalui tol Rawang. Singgah di sebuah masjid untuk mandi dan berehat. Kemudian kami menaiki komuter dari Rawang pada jam 1010 pagi dan turun di KTM Kl. Senang sikit nak ke masjid negara, kerana arahan agar semua peserta Bersih yang datang dari utara diminta berkumpul di Masjid negara.

1948201052_1886379a6a_b.jpgKetika tiba pada jam 1100 pagi, saya dan rakan2 dapati pihak fru baru sahaja masuk ke kawasan masjid. Pihak polis telah menjaga pagar belakang supaya tak bagi orang ramai masuk. Kemudian orang ramai yang ada pun di dalam kawasan masjid pun dihalau keluar oleh FRU.

Ustaz Badrul Amin tiba di pintu belakang Masjid Negara telah meminta kerjasama pihak polis untuk1946899511_0bd40efdb8.jpg bagi kebenaran orang ramai masuk ke dalam masjid. Tetapi dengan ‘mesra’-nya pihak polis tak bagi. Terpaksalah orang ramai berbasah dek hujan.

Saya mendapat berita yang group di Masjid Jamek dah kena sembur. Beberapa orang telah ditahan. Rasa macam nak turun ke masjid Jamek la pulak.

Tetapi selepas itu bila azan Zohor berkumandang, orang ramai terus sahaja menyerbu masuk ke dalam kawasan Masjid Negara. Kemudian kelihatan Fru mula mengelilingi kawasan Masjid Negara. Macam tak mau bagi orang keluar dari masjid saja.1944594304_b7a58c4e75.jpg

Selepas menanti di dalam hujan lebat sehingga jam 230 petang,kelihatan gelombang kuning yang mula berarak dari Jalan Raja Laut tiba di hadapan Dayabumi.

Dengan kehadiran pemimpin2 seperti Hj Hadi, Mat Sabu, Mujahhid, Cikgu Fariz dan lain2, orang ramai di perkaranga Masjid Negara mula tak sabar2 untuk keluar bagi bersama2 gelombang kuning yang telah tiba.

1979657187_b74b514966.jpgSaya terus bersama Chegu Bard, Cikgu Fariz di hadapan yang dikawal oleh Unit Amal. Laungan ‘Daulat Tuanku’ membuat semangat semakin berkobar2 untuk bergerak ke Istana Negara.

Lalu lintas ‘jem’ memang tahap maksima. Ada pemandu yang menyokong kami yang sedang berarak, ada yang buat tak tau saja. Mungkin marah akibat tersangkut dalam kesesakan yang tak di duga.1944423242_8a4b7a7a90.jpg

dsc_3445.jpgKami berarak masuk terus ke jalan hadapan Istana Negara. Kami akhirnya disekat oleh trak water cannon, dan barisan polis dan FRU. Unit Amal masih di depan menjadi benteng hadapan melindungi para peserta Bersih.

Saya lihat pegawai yang berada di atas trak sedang bercakap menggunakan microfon, tapi saya tak dengar apa2 kerana tenggelam dengan laungan Allahu Akbar, Daulat Tuanku dan sebagainya. Saya memang dah nekad kali ini kalau fru datang merempuh memang saya tak akan berganjak. Kena pukul 20071110bersih2hafiz.jpgka, masuk lokap ka, kena sembur ka, saya akan bersama2 rakan2 Unit Amal.

Tapi alhamdulillah, tidak ada sebarang kejadian buruk yang berlaku sehingga bersurai. Ds Anwar dan Saifuddin kemudian tiba dengan motosikal yang diiriingi oleh Rezal Panjang, Abang Khairi dan Abang Bakar. Beliau kemudiannya terus berjalan masuk ke hadapan pagar istana untuk bersama pimpinan yang lain.1961491486_1585a139af.jpg

Selepas selesai aktiviti di hadapan Istana Negara, semua ‘tentera kuning’ bersurai dengan aman. Sambil berjalan pulang semula ke Masjid Negara,saya lihat dari segenap sudut jalan penuh dengan tentera kuning. Rasa cukup bangga kerana dapat hadir bersama2 rakyat Malaysia yang lain pada 10 November.

Aidi Rafizul Idrus

Cherok To’kun

2 Respons to “Dari Cherok To’kun Ke Istana Negara”

  1. amk b.baru Says:

    Salam Pejuang Gelombang Kuning 10 November….kami dari b.baru dan PAS telok kumbaq turut hadir meramaikan Perhimpunan 100ribu Rakyat dengan sebuah bas xpress dan secara tak dirancang berkumpul di lokasi ‘kontroversi’…Masjid Jamek,kena semboq ayaq asid dan terkena asap pemedih mata & penyesak napas…adosss..pengalaman berguna kepada kami yang rata-rata pertama kali merasai perit dan teroknya asid serta asap dari polis raja d melesia yang durjana lagi keparat…Juga 3 org dari rombongan kami telah ditangkap d masjid jamek tetapi akhirnya dibebaskan tanpa syarat..Hidop Rakyat..!!! Kita nantikan Gelombang Kuning Rakyat Siri Ke-2 pulakk….

  2. Furkan Says:

    assalamualaikum

    salam

    -Furkan-
    – Ketika Rasa Tak Dapat Di Ungkap Dengan Kata ]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: