Kepulangan Sahabat Allahyarham Mohd Sabri Mat Salleh Ke Rahmatullah

Innalillahiwainnahirajiuun…. 10 November 07. Ketika berada di bumi Kuala Lumpur yang sedang dilanda gelombang kuning, saya menerima panggilan telefon daripada isteri di Cherok To’kun pada jam 530 petang memaklumkan pemergian sahabat seperjuangan Mohd Sabri bin Mat Salleh dari AMK bahagian Tasek Glugor ke rahmatullah.

Antara terkejut dan tak percaya dengan berita tersebut saya menelefon sdr Azhar dari Amk Tasek Glugor bagi mengesahkan berita tersebut. Sah! Sdr Azhar memaklumkan yang Allahyarham telah lemas ketika mandi bersama keluarga di Ulu Paip, Karanga, Kedah pada jam 315 petang.

Saya terus sms kan berita pemergian sahabat ke beberapa rakan yang lain. Sdr Syamsul Hidayat (SUK Amk Malaysia) menelefon saya bagi mengesahkan Sabri yang mana satu… Setelah dijelaskan, saya meminta untuk sampaikan berita kepada rakan2 exco AMK M’sia.

Saya yang asalnya ingin pulang ke P.Pinang dari Kuala Lumpur pada hari Ahad, terus membatalkan rancangan tersebut kerana ingin menziarahi jenazah Allahyarham sebelum dikebumikan keesokkan harinya. Saya tiba pada jam 3.00 pagi di Cherok To’kun setelah bertolak dari KL pada jam 11 malam.

dsc00028.jpg11 November 07′, Ahad. Saya tiba di perkarangan rumah Allahyarham lebih kurang jam 830 pagi. Jenazah telah dibawa untuk dimandikan. Rakan2 AMK P.Pinang, bahagian2 juga hadir untuk memberi penghormatan.

Rasa sedih tidak dapat digambarkan kerana telah kehilangan seorang rakan yang benar2 komited dalam perjuang ini. Allahyarham diingati dengan semangat juang yang tinggi. Dia juga merupakan editor kepada risalah bulanan Bahagian Tasek Glugor iaitu Buliten Keadilan (BK). Dari merekabentuk risalah dan bahan2, mencetak risalah dengan wang sendiri sehinggalah menjalankan tanggungjawab mengedar risalah di tempat2 awam walaupun seorang diri.

buku.jpgBeliau pernah menghasilkan sebuah buku bertajuk RENTAP sebagai maklumat kepada Barisan Alternatif. Menurut Sdr Latif (Timb. SUK P.Pinang), Allahyarham sedang dalam proses menghasilkan buku yang kedua beliau,namun tidak berkesempatan. Setiap bulan pasti Allahyarham akan menyediakan bahan bacaan, mencetak dan mengedar BK. Allahyarham tidak pernah merungut walaupun duit poket sendiri yang digunakan untuk mencetak risalah setiap bulan.

Jika hendak diceritakan tentang komitmennya, dedikasinya terhadap PKR… Rakan2 di dalam AMK P.Pinang sememangnya terasa kehilangan seorang sahabat, pejuang yang komited terhadap perjuangan menegakkan keadilan.

Ketua Amk P.Pinang, Dr AzharAhmad menyatakan hasrat untuk Amk P.Pinang mengambil keluarga Allahyarham sebagai keluarga angkat Amk P.Pinang.

Allayahyarham Mohd Sabri Mat Salleh mempunyai degree di dalam bidang Art and Design Uitm. Lahir pada tahun 1974, berusia 33 tahun meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Seorang teman yang sentiasa murah dengan senyuman, tidak mudah marah tetapi berani membuat teguran kepada pemimpin atasan. Beliau merupakan setiausaha Amk bahagian Tasek Glugor, Timb. Ketua Penerangan Amk Pinang.

Saya mewakili rakan2 Amk P.Pinang berharap agar isterinya bersabar menghadapi dugaan ini. Kami mendoakan agar roh beliau berada bersama-sama mereka yang beriman. P.Pinang kehilangan seorang telah kehilangan seorang pejuang. Semoga semangat kentalnya menjadi dorongan kepada lain2 pendokong keadilan untuk bangkit bersama2 membuat perubahan.

Al-Fatihah.

Aidi Rafizul Idrus

Ketua AMK Bahagian Bukit Mertajam

Dikirim dalam Berita, Hebahan. 2 Comments »

2 Respons to “Kepulangan Sahabat Allahyarham Mohd Sabri Mat Salleh Ke Rahmatullah”

  1. ahmad zakuwan othman zailu Says:

    Terkejut dan kelu menerima berita kepulangan ALlahyarham ke Rahmatullah ta’kala program rakyat di Kuala Lumpur. Saya membenarkan sifat,perilaku dan dedikasi ALlahyarham sebagaimana yang dinyatakan Sdr Aidi Rafizul Idrus. Suka-duka sebagai teman seperjuangan di UiTM kekal sebagai pengalaman manis bersama. Takziah dan pesanan sabar kepada Isteri, keluarga dan seluruh teman-teman seperjuangan ALlahyarham. Ya ALlah.. Engkau sedekahkanlah AL FATIHAH ini kepada ALlahyarham sahabat kami ini mudah2an roh beliau ditempatkan di kalangan hamba2MU yang beriman, beramal soleh serta bertaqwa dengan berkat syafaat dan mukjizat Nabi Muhammad S.A.W AL Fatihah…

    Ahmad Zakuwan Othman Zailu
    Taiping, Perak

  2. adek li Says:

    sepanjang saya membesar dan bersama2 arwah selama hayatnya, beliau merupakan sumber inspirasi kepada keluarganya,seorang yang sangat baik, mudah mesra, kuat semangat dan pendiriannya, tidak berkira tentang harta bendanya, seorang yang sanggup berkorban terhadap apa jua masalah orang disekelilingnya dan paling dikagumi kesederhanaannya dalam setiap perkara yang dilakukannya. Pemergiannya setiap saat akan terus dirasai. Kehilangannya adalah amat besar kepada keluarganya, seluruh sanak saudara, agamanya dan pastinya pada negara. Mengenang keluhuran hati dan budinya airmata sesiapa yang mengenalinya pasti akan mengalir tetapi bila melihatkan senyuman dan ketenangan wajahnya ketika dimandi dan dikapankan, saya harus redha dengan ketentuan Allah swt yang lebih sayangkan arwah. Saya bagi pihak keluarga arwah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ribuan saudara dan kenalan yang mengunjungi pada hari pengkebumiannya. Marilah kita sama2 berdoa agar Allah swt sentiasa kuatkan hati isterinya rozita bt mohammad dan ketiga2 anaknya, ibunda dan ayahandanya siti esah bt taib dan mat salleh bin darus dalam meniti hari mendatang tanpa senyuman arwah yang pasti akan menjadi rinduan keluarga dan kenalannya yang terdekat. Semoga Allah swt meletakkan arwah didalam golongan yang dikasihiNya. InsaAllah kita pasti akan kembali bertemu dan bersatu nanti. Al fatihah untuk arwah Mohd sabri b. Mat Salleh…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: