Kepulangan Sahabat Allahyarham Mohd Sabri Mat Salleh Ke Rahmatullah

Innalillahiwainnahirajiuun…. 10 November 07. Ketika berada di bumi Kuala Lumpur yang sedang dilanda gelombang kuning, saya menerima panggilan telefon daripada isteri di Cherok To’kun pada jam 530 petang memaklumkan pemergian sahabat seperjuangan Mohd Sabri bin Mat Salleh dari AMK bahagian Tasek Glugor ke rahmatullah.

Antara terkejut dan tak percaya dengan berita tersebut saya menelefon sdr Azhar dari Amk Tasek Glugor bagi mengesahkan berita tersebut. Sah! Sdr Azhar memaklumkan yang Allahyarham telah lemas ketika mandi bersama keluarga di Ulu Paip, Karanga, Kedah pada jam 315 petang.

Saya terus sms kan berita pemergian sahabat ke beberapa rakan yang lain. Sdr Syamsul Hidayat (SUK Amk Malaysia) menelefon saya bagi mengesahkan Sabri yang mana satu… Setelah dijelaskan, saya meminta untuk sampaikan berita kepada rakan2 exco AMK M’sia.

Saya yang asalnya ingin pulang ke P.Pinang dari Kuala Lumpur pada hari Ahad, terus membatalkan rancangan tersebut kerana ingin menziarahi jenazah Allahyarham sebelum dikebumikan keesokkan harinya. Saya tiba pada jam 3.00 pagi di Cherok To’kun setelah bertolak dari KL pada jam 11 malam.

dsc00028.jpg11 November 07′, Ahad. Saya tiba di perkarangan rumah Allahyarham lebih kurang jam 830 pagi. Jenazah telah dibawa untuk dimandikan. Rakan2 AMK P.Pinang, bahagian2 juga hadir untuk memberi penghormatan.

Rasa sedih tidak dapat digambarkan kerana telah kehilangan seorang rakan yang benar2 komited dalam perjuang ini. Allahyarham diingati dengan semangat juang yang tinggi. Dia juga merupakan editor kepada risalah bulanan Bahagian Tasek Glugor iaitu Buliten Keadilan (BK). Dari merekabentuk risalah dan bahan2, mencetak risalah dengan wang sendiri sehinggalah menjalankan tanggungjawab mengedar risalah di tempat2 awam walaupun seorang diri.

buku.jpgBeliau pernah menghasilkan sebuah buku bertajuk RENTAP sebagai maklumat kepada Barisan Alternatif. Menurut Sdr Latif (Timb. SUK P.Pinang), Allahyarham sedang dalam proses menghasilkan buku yang kedua beliau,namun tidak berkesempatan. Setiap bulan pasti Allahyarham akan menyediakan bahan bacaan, mencetak dan mengedar BK. Allahyarham tidak pernah merungut walaupun duit poket sendiri yang digunakan untuk mencetak risalah setiap bulan.

Jika hendak diceritakan tentang komitmennya, dedikasinya terhadap PKR… Rakan2 di dalam AMK P.Pinang sememangnya terasa kehilangan seorang sahabat, pejuang yang komited terhadap perjuangan menegakkan keadilan.

Ketua Amk P.Pinang, Dr AzharAhmad menyatakan hasrat untuk Amk P.Pinang mengambil keluarga Allahyarham sebagai keluarga angkat Amk P.Pinang.

Allayahyarham Mohd Sabri Mat Salleh mempunyai degree di dalam bidang Art and Design Uitm. Lahir pada tahun 1974, berusia 33 tahun meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Seorang teman yang sentiasa murah dengan senyuman, tidak mudah marah tetapi berani membuat teguran kepada pemimpin atasan. Beliau merupakan setiausaha Amk bahagian Tasek Glugor, Timb. Ketua Penerangan Amk Pinang.

Saya mewakili rakan2 Amk P.Pinang berharap agar isterinya bersabar menghadapi dugaan ini. Kami mendoakan agar roh beliau berada bersama-sama mereka yang beriman. P.Pinang kehilangan seorang telah kehilangan seorang pejuang. Semoga semangat kentalnya menjadi dorongan kepada lain2 pendokong keadilan untuk bangkit bersama2 membuat perubahan.

Al-Fatihah.

Aidi Rafizul Idrus

Ketua AMK Bahagian Bukit Mertajam

Dikirim dalam Berita, Hebahan. 2 Comments »