Rumah Terbuka DS Anwar & DS Dr Wan Azizah di Cherok To’kun

rumah_terbuka_dsai02.jpgCherok To’kun: Rakyat dari berbagai lapisan masyarakat bukan sahaja daripada Pulau Pinang,malah dari negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kuala Lumpur tidak putus-putus mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Dato’ Seri Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah di Cherok To’kun pada 20 Oktober yang lalu seawal jam 12 tengah hari walaupun majlis bermula dari jam 2 petang.rumah_terbuka01.jpg

DS Anwar dan isteri yang tiba seawal jam 11.30 pagi telah meluangkan masa bersama-sama dengan ahli qariah Masjid Cherok To’kun dengan mengadakan majlis doa dan tahlil arwah keluarga di kediaman keluarga beliau. Beliau juga sempat memberi penerangan mengenai isu-isu terkini kepada yang menghadiri majlis tahlil.

rumah_terbuka02.jpgSekitar jam 1.30 petang beliau ke Galeri Pejuang untuk mengadakan sidang akhbar bersama wakil akhbar tempatan bagi menerangkan isu mengenai VCD VK Linggam yang semakin menjadi isu hangat masa kini.Majlis kali ini menyediakan pelbagai juadah yang disediakan kali ini seperti bihun sup, laksa, rojak, sate, roti canai, char koew tiew, teh tarik, dan beraneka jenis kuih muih untuk meraikan tetamu-tetamu yang hadir.

Beberapa pimpinan BA Pulau Pinang turut menghadiri majlis ini, antara yang hadir ialah Adun Permatang Pasir merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Hamdan Abdul Rahman, sahabat lama Anwar yang juga bekas calon PAS tahun 1978, Haji Jamil Hasan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman. Turut kelihatan ialah Ahli Jawatankuasa Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pusat, Haji Abdul Rashid Hasnon dan Yang DiPertua JIM Pulau Pinang yang baru, Jamaludin Abdullah serta Setiausaha Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM), Cikgu Majid Mat Isa. Ahli Parlimen Bukit Mertajam,Chong Eng turut hadir bersama pimpinan DAP yang lain.dsc00021.jpg

Pengerusi Perhubungan Negeri P.Pinang, Dato’ Zahrain Hashim bersama-sama pimpinan PKR Pulau Pinang turut sama melayan tetamu-tetamu yang hadir dengan meluangkan masa menjawab soalan-soalan dan memberi penerangan kepada para tetamu.

PKR P.Pinang kali ini telah menyediakan kaunter semakan daftar pemilih sebagai pengundi. Pararayatkun9.jpg tetamu yang hadir dapat membuat semakan tempat mengundi secara ‘online‘ di kaunter pendaftaran dan semakan pemilih. Kaunter pendaftaran ahli baru dan sukarelawan parti untuk pilihanraya juga disediakan. Kebanyakan tetamu yang hadir mengambil peluang ini untuk menyemak status mereka sebagai pemilih.

dsc00020.jpgMajlis rumah terbuka kali ini turut diserikan dengan persembahan seni silat daripada Seni Silat Pusaka Gayung. Persembahan 0leh anak-anak muda ini telah menarik minat para tetamu yang hadir dengan pelbagai aksi demonstrasi yang cukup memukau. Dato’ Seri Anwar yang juga baru dilantik sebagai Ketua Imam Khalifah Besar (PSSGPM) turut kelihatan meluangkan masa dengan memberi nasihat dan pesanan kepada remaja yang menganggotai seni silat Gayung Pusaka.dsc00023.jpg

Para tetamu juga berkesempatan untuk menyampaikan ucapan sokongan serta salam Eidul Fitri kepada DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah melalui Sdr Shukri, selaku DJ yang bertugas pada hari tersebut. Sdr Shukri turut menyampaikan info serta maklumat terkini kepada para tetamu yang hadir.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan sokongan terhadap DS Anwar tidak luntur walaupun diserang oleh media dibawah kawalan Umno-BN. Sememangnya rakyat Malaysia mahukan perubahan demi masa depan mereka.

Satu Respons to “Rumah Terbuka DS Anwar & DS Dr Wan Azizah di Cherok To’kun”

  1. manaoarni Says:

    rumah yang indah adalah idaman setiap kleluarga, rumah yang bahagia adalah rumah yang penghuninya mengenal Tuhan sebagai pencipta bagi mereka.


Tinggalkan komen