Beranikah Rakyat Malaysia Membuat Perubahan Demi Masa Depan

Benarkah bangsa kita bangsa yang tidak bermaruah? Adakah rakyat Malaysia masih yakin dengan sistem perundangan negara kita.Dengan pendedahan skandal video klip VK Lingam-Ketua Hakim Negara, berapa ramai di antara rakyat Malaysia yang merasa sistem perundangan negara kita semakin teruk. Kita bukan sahaja didedahkan dengan sistem kehakiman yang korup, malah kini semakin banyak pendedahan jabatan-jabatan kerajaan yang tidak diurus dengan amanah dan baik.

Pendedahan oleh Jabatan Audit Negara tentang penyelewengan secara melampau yang membabitkan wang rakyat, hanya dipandang sepi oleh Perdana Menteri. Jika beliau benar-benar ikhlas mahu membenteras rasuah, maka sepatutnya menteri yang mengepalai kementerian tersebut dipecat dan didakwa di mahkamah.

Jabatan Kehakiman, Jabatan Polis, Badan Pencegah Rasuah adalah badan yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat, tetapi mereka ini dilihat hanya mahu menjaga kepentingan mereka yang kaya raya dan yang berkepentingan sahaja. Jika sebelum ini, ramai rakyat Malaysia yang marah dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kemungkinan ibu bapa adik Nurin Jazlin akan didakwa akibat cuai.Bagaimana pula dengan kecuaian yang melibatkan pihak polis pula. Sepatutnya rakyat Malaysia mendakwa pihak polis yang cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Banyak bukti yang boleh kita sabitkan dengan kecuaian pihak polis.

Kes kecurian semula kereta Porsche di dalam kawasan balai polis Seberang Perai Tengah, ini adalah bukti jelas yang pegawai polis yang bertugas cuai dalam menjalankan tugasnya. Kes-kes kehilangan bahan bukti seperti beribu-ribu biji pil khayal dari dalam simpanan polis di IPD Shah Alam. Kes-kes OKT(orang kena tahan) yang berjaya melarikan diri dari dalam lokap polis, kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya dimana pegawai-pegawai yang disoal siasat sering terlupa banyak perkara. Ini hanya sebahagian contoh yang menunjukkan kecuaian pihak polis menjalankan tugas mereka.

Sikap sambil lewa anggota polis yang bertugas juga membuktikan bahawa pihak polis tidak serius dalam menangani isu jenayah yang semakin meningkat di Malaysia. Bayangkan bagaimana seorang pegawai kanan polis memiliki harta berjuta ringgit jika mereka tidak terlibat dengan rasuah. Bagaimana penjenayah mahu diberkas polis jika mereka sendiri yang melindungi penjenayah dengan menerima rasuah yang cukup mewah untuk ditolak.

Jika rakyat Malaysia sedar akan tanggungjawab mereka untuk memastikanmasa depan anak cucu mereka terjamin, maka mereka harus berani membuat perubahan. Mahukah kita generasi sekarang apabila 30 tahun yang akan datang baru mahu merasa menyesal kerana tidak peduli tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di Malaysia masa kini.

Lihat sahaja setiap hari berita di dalam akhbar-akhbar tempatan tentang keruntuhan moral remaja kini, pembunuhan yang semakin berleluasa, kes-kes rogol, rompakan dan pelbagai isu-isu yang semakin hari semakin membimbangkan. Malaysia seperti sebuah negara yang tidak selamat untuk didiami oleh rakyatnya sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia harus berani membuat perubahan untuk menjamin keselesaan dan keselamatan mereka sendiri.

Rakyat Malaysia harus berani mengambil sikap bertanggungjawab sebagai rakyat yang cintakan negara dengan memastikan menteri atau pegawai kerajaan yang menerima atau memberi rasuah di dakwa dan dijatuhkan hukuman yang paling berat sebagai pengajaran kepada rakyat agar tidak terlibat dengan rasuah. Rakyat Malaysia harus berani menolak pemimpin yang korup bagi memastikan kesejahteraan negara di masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: