Jentera AMK Zon Utara Terjah Pmtg Pauh dan Bukit Mertajam

Pada 29hb September yang lepas, dua program yang melibatkan Angkatan Muda di Pulau Pinang telah diadakan. Amk Bhgn Permatang Pauh di bawah pimpinan Ketua Amk Bhgn, Sdr. Amir Ghazali telah menyampaikan sumbangan wang zakat ahli Parlimen Pmtg.Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah kepada 30 individu yang layak menerima zakat

Pelepasan konvoi Jejak Fakir 3 (JF3) telah disempurnakan oleh Sdr Marzuki Ibrahim adik kepada Dato’ Seri Anwar, di Yayasan Aman,Penanti pada jam 10.00 pagi. Sebanyak 15 buah kenderaan dari Amk Pmtg Pauh menyertai konvoi ini.

Menurut Sdr. Amir, konvoi JF3 telah berpecah kepada tiga kawasan tumpuan di DUN Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir dan DUN Penanti. Antara mereka yang telah diberi sumbangan kali ini ialah warga emas, mereka yang kurang upaya, sakit dan fakir miskin.

Konvoi JF3 di Permatang Pauh berakhir pada jam 4.3o petang.

Sementara itu, di Galeri Pejuang, Cherok To’kun, Angkatan Muda Keadilan Zon Utara telah pun melancarkan Jentera Pilihanraya Umum AMK secara rasmi.AMK Zon Utara yang merangkumi AMK Negeri Perlis, AMK Negeri Kedah, AMK Negeri Perak dan AMK Negeri Pulau Pinang.1.jpg

Signifikan pelancaran ini di Pulau Mutiara adalah bersesuaian dengan kondisi politik Pulau Pinang yang semakin hari semakin memihak kepada KeADILan dan pembangkang amnya. Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah negeri tumpuan KeADILan juga adalah negeri dimana terletaknya kerusi Parlimen tunggal yang dimenangi KeADILan dalam PRU 2004 lepas iaitu Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Program sempena pelancaran jentera ini diisi dengan pelbagai pengisian termasuklah program edaran risalah yang diedarkan ke beberapa tapak Bazar Ramadhan di sekitar Bukit Mertajam dan Permatang Pauh. Edaran yang dilakukan di kawasan Pasar Ramadhan Seberang Jaya, Taman Pauh, Alma, Perda dan Kubang Semang. Pasar Malam Kota Permai dan Permatang Pauh itu antara lain menyaksikan pengedaran risalah Agenda Ekonomi Malaysia, risalah berkala AMK Suara Anak Muda dan juga terbitan berkala KeADILan Pulau Pinang, Mutiara Keadilan. Sokongan yang ditunjukkan masyarakat melalui penerimaan positif risalah-risalah tersebut adalah amat diluar jangkaan.

Kekuatan ahli AMK yang bergerak mengedarkan risalah dianggarkan 200 orang merangkumi Exco Pusat dan gerak kerja jentera PRU AMK Zon Utara.

Bertempat di Masjid Cherok To’ Kun, gerak kerja AMK telah mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama masyarakat setempat, Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih berjamaah bersama masyarakat setempat.

3.jpg

Program diteruskan pada jam 10 malam bertempat di Galeri Pejuang yang dianggarkan berjaya menarik 1000 pengunjung. Pengisian program merangkumi Pentas Angkatan Muda yang menampilkan tokoh-tokoh di dalam AMK menyampaikan ceramah umum menjelaskan perkara dan isu-isu setempat kepada rakyat.

Antara yang turut berceramah adalah S. Kesavan (pen s/u amk pusat), Anuar Zakaria (ketua amk perak), Saiful Izham Ramli (ketua amk kedah), Dr. Azhar Ahmad (ketua amk penang), Nik Nazmi (exco amk pusat), Tan Seng Toh (naib ketua amk pusat), Amirudin Shari (naib ke5.jpgtua amk pusat), Fariz Musa (timb ketua amk pusat) dan Shamsul Iskandar (Ketua amk pusat).

Program pelancaran diteruskan dengan bacaan Ikrar oleh AMK Zon Utara diketuai oleh Sdr Azman Nasrudin (Timb ketua amk kedah), disusuli dengan upacara simbolik perasmian Jentera dibuat oleh Datin Seri Presiden.

Program malam itu diakhiri dengan tayangan video konspirasi perlantikan hakim yang didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lepas yang mencetuskan pelbagai kontroversi dan mengundang kekeliruan dan kemarahan rakyat.

Pendedahan melalui tayangan video itu,meskipun menjangkau jam 12 tengah malam, ditunggu dengan penuh khusyuk oleh para pengunjung yang ingin mengetahui sendiri apakah sebenarnya yang terkandung di dalam video tersebut.

Jelas, perlaksanaan program ini berjaya menepati sasaran dan menampakkan sinar gemilang KeADILan di Zon Utara. Tahniah buat AMK Zon Utara! (petikan dari laman rasmi AMK Malaysia)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: