Jejak Fakir 3 di Seberang Perai

cimg0131.JPGJejak Fakir3 (JF3) di Seberang Perai telah diadakan pada 29hb & 30 September yang lalu. Pada 29hb September, Amk Pmtg Pauh telah memikul tanggungjawab menyampaikan sumbangan wang zakat ahli Parlimen Pmtg Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah kepada 30 orang penerima dan seminggu sebelum itu, pada 23hb September krew JF3 AmknPP telah menyampaikan sumbangan di Parlimen Bayan Baru dan Balik Pulau .

Manakala pada 30hb pula, program JF3 bermula pada jam 930 pagi di kedai Nan’s Foodcourt Kepala Batas. Sebelum krew JF3 bertolak untuk menyampaikan sumbangan, program kali ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Hashim agar perjalanan Krew JF3 diberkati dan dilindungi Allah swt.amk-016.jpg

Ketua AmknPP, Dr. Azhar Ahmad turut memberi taklimat kepada krew JF3 sebelum perjalanan ini dimulakan. Seramai 30 orang ahli Amk bahagian-bahagian melibatkan diri dengan konvoi sebanyak 10 buah kenderaan. Konvoi kali ini turut disertai oleh Timbalan Ketua AmknPP Sdr Ong Chin Wen, Setiausaha AmknPP Emelda Azizan, Bendahari AmknPP Aidi Rafizul Idrus, mantan ketua AmknPP Amizudin Ahmat serta barisan Exco AmknPP dan Amk bahagian. Ketua WanitaPKR Pulau Pinang Pn. Norhayati, turut menyertai konvoi JF3 AMKnPP.

Sumbangan zakat kali ini disampaikan di DUN Pinang Tunggal di Parlimen Kepala Batas, DUN Teluk Air Tawar di Parlimen Tasek Glugor, DUN Machang Bubuk di Parlimen Bukit Mertajam, DUN Bukit Tambun di Parlimen Batu Kawan dan di DUN Sungai Bakap dan DUN Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal.cimg0146.JPG

Seramai 30 orang penerima sucimg0135.JPGmbangan anjuran AmknPP pada kali ini. Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai yang perihatin dan kepercayaan yang mereka berikan kepada AmknPP untuk menyampaikan sumbangan zakat mereka telah pun dilaksanakan. Pada JF3 kali ini di Seberang Perai, setiap individu yang menerima bantuan dari AmknPP telah menerima sumbangan berbentuk barangan makanan bernilai RM50 dan juga wang tunai RM50.Ust Hashim yang juga Ketua PKR Bhgn Tasek Gelugor turut menyampaikan sumbangan zakat peribadi kepada anak-anak yatim di Kg. Lembah Raja, Dun Pinang Tunggal. Sumbangan diberikan kepada fakir miskin,warga emas, ibu tunggal yang memerlukan, mereka yang sakit dan hilang upaya mencari nafkah untuk keluarga.Bagi pihak AmknPP, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tanpa sokongan dan sumbangan anda semua, program ini tidak akan berjaya. Kepada semua yang terlibat di dalam Program Jejak Fakir 3 pada kali ini, pihak AmknPP mengharapkan komitmen anda untuk terus menjayakan segala akiviti AmknPP pada masa akan datang. Semoga program ini menimbulkan rasa insaf serta memberi kita kekuatan serta tanggungjawab untuk mengubah nasib rakyat Malaysia yang tertindas di bawah pimpinan Umno-Bn.

cimg0145.JPGcimg0139.JPG

cimg0150.JPGcimg0138.JPGcimg0144.JPGcimg0133.JPG

Jentera AMK Zon Utara Terjah Pmtg Pauh dan Bukit Mertajam

Pada 29hb September yang lepas, dua program yang melibatkan Angkatan Muda di Pulau Pinang telah diadakan. Amk Bhgn Permatang Pauh di bawah pimpinan Ketua Amk Bhgn, Sdr. Amir Ghazali telah menyampaikan sumbangan wang zakat ahli Parlimen Pmtg.Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah kepada 30 individu yang layak menerima zakat

Pelepasan konvoi Jejak Fakir 3 (JF3) telah disempurnakan oleh Sdr Marzuki Ibrahim adik kepada Dato’ Seri Anwar, di Yayasan Aman,Penanti pada jam 10.00 pagi. Sebanyak 15 buah kenderaan dari Amk Pmtg Pauh menyertai konvoi ini.

Menurut Sdr. Amir, konvoi JF3 telah berpecah kepada tiga kawasan tumpuan di DUN Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir dan DUN Penanti. Antara mereka yang telah diberi sumbangan kali ini ialah warga emas, mereka yang kurang upaya, sakit dan fakir miskin.

Konvoi JF3 di Permatang Pauh berakhir pada jam 4.3o petang.

Sementara itu, di Galeri Pejuang, Cherok To’kun, Angkatan Muda Keadilan Zon Utara telah pun melancarkan Jentera Pilihanraya Umum AMK secara rasmi.AMK Zon Utara yang merangkumi AMK Negeri Perlis, AMK Negeri Kedah, AMK Negeri Perak dan AMK Negeri Pulau Pinang.1.jpg

Signifikan pelancaran ini di Pulau Mutiara adalah bersesuaian dengan kondisi politik Pulau Pinang yang semakin hari semakin memihak kepada KeADILan dan pembangkang amnya. Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah negeri tumpuan KeADILan juga adalah negeri dimana terletaknya kerusi Parlimen tunggal yang dimenangi KeADILan dalam PRU 2004 lepas iaitu Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Program sempena pelancaran jentera ini diisi dengan pelbagai pengisian termasuklah program edaran risalah yang diedarkan ke beberapa tapak Bazar Ramadhan di sekitar Bukit Mertajam dan Permatang Pauh. Edaran yang dilakukan di kawasan Pasar Ramadhan Seberang Jaya, Taman Pauh, Alma, Perda dan Kubang Semang. Pasar Malam Kota Permai dan Permatang Pauh itu antara lain menyaksikan pengedaran risalah Agenda Ekonomi Malaysia, risalah berkala AMK Suara Anak Muda dan juga terbitan berkala KeADILan Pulau Pinang, Mutiara Keadilan. Sokongan yang ditunjukkan masyarakat melalui penerimaan positif risalah-risalah tersebut adalah amat diluar jangkaan.

Kekuatan ahli AMK yang bergerak mengedarkan risalah dianggarkan 200 orang merangkumi Exco Pusat dan gerak kerja jentera PRU AMK Zon Utara.

Bertempat di Masjid Cherok To’ Kun, gerak kerja AMK telah mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama masyarakat setempat, Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih berjamaah bersama masyarakat setempat.

3.jpg

Program diteruskan pada jam 10 malam bertempat di Galeri Pejuang yang dianggarkan berjaya menarik 1000 pengunjung. Pengisian program merangkumi Pentas Angkatan Muda yang menampilkan tokoh-tokoh di dalam AMK menyampaikan ceramah umum menjelaskan perkara dan isu-isu setempat kepada rakyat.

Antara yang turut berceramah adalah S. Kesavan (pen s/u amk pusat), Anuar Zakaria (ketua amk perak), Saiful Izham Ramli (ketua amk kedah), Dr. Azhar Ahmad (ketua amk penang), Nik Nazmi (exco amk pusat), Tan Seng Toh (naib ketua amk pusat), Amirudin Shari (naib ke5.jpgtua amk pusat), Fariz Musa (timb ketua amk pusat) dan Shamsul Iskandar (Ketua amk pusat).

Program pelancaran diteruskan dengan bacaan Ikrar oleh AMK Zon Utara diketuai oleh Sdr Azman Nasrudin (Timb ketua amk kedah), disusuli dengan upacara simbolik perasmian Jentera dibuat oleh Datin Seri Presiden.

Program malam itu diakhiri dengan tayangan video konspirasi perlantikan hakim yang didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lepas yang mencetuskan pelbagai kontroversi dan mengundang kekeliruan dan kemarahan rakyat.

Pendedahan melalui tayangan video itu,meskipun menjangkau jam 12 tengah malam, ditunggu dengan penuh khusyuk oleh para pengunjung yang ingin mengetahui sendiri apakah sebenarnya yang terkandung di dalam video tersebut.

Jelas, perlaksanaan program ini berjaya menepati sasaran dan menampakkan sinar gemilang KeADILan di Zon Utara. Tahniah buat AMK Zon Utara! (petikan dari laman rasmi AMK Malaysia)