Jejak Fakir 3 di Bayan Baru dan Balik Pulau

Jejak Fakir 3 AMK Negeri Pulau Pinang pada kali ini telah disertai oleh 9 buah kenderaan dengan kekutan seramai 27 orang peserta dimana turut sama dalam rombongan tersebut Dr Azhar bin Hj Ahmad Ketua Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang, Sdr Rizal Tahir Naib Ketua AMK Negeri Pulau Pinang, Sdr Amizudin Ahmat -Tim Kt Penerangan PKT Pulau Pinang dan Sdr Chua Kheng Ee Ketua Bahagian PKR Tanjong, Exco AMK negeri dan beberapa aktivis parti.

Program bermula dengan perlepasan konvoi oleh Sdr Mustafa Kamal Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang pada jam 9.30am di Pejabat PKR Bahagian Bayan Baru . Konvoi Jejak Fakir 3 kali ini telah menyampaikan sumbangan kepada 10 buah keluarga/individu di parlimen Bayan Baru dan seramai 9 keluarga / individu di parlimen Balik Pulau . Mereka yang dikunjungi terdiri dari kalangan warga emas yang tiada waris, keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai/cacat, individu kurang upaya/istimewa.

Ang Muda Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang telah diterima dan sokongan yang ditunjukkan oleh aktivis/ahli parti setempat yang sanggup membantu dalam usaha pengagihan bantuan.

Jejak Fakir 3 peringkat 2 yang melibatkan kawasan sekitar Seberang Prai akan diadakan di Parlimen Paermatang Pauh bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, DS Dr Wan Azizah pada 29hb September dan pada 30 hb Sept 2007 program ini akan melibatkan Parlimen Kepala Batas, Tasek Glugor, Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Nibong Tebal.

Adalah diharapkan jika ada dari kalangan individu atau tokoh koperat yang ingin menghulurkan bantuan sila berhubung dengan nama dibawah:

Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang, Sdr Rezal Huzairi (H/P: 017-4097 702). atau
Bendahari AMKNPP, Aidi Rafizul Idrus (H/P: 016-4362 117).
tuan / puan juga boleh memasukkan wang sumbangan melalui akaun Maybank 1621 5161 7762 di atas nama AIDI RAFIZUL BIN IDRUS (Bendahari AMKNPP). Sila SMS nama serta alamat tuan/puan atau Slip deposit boleh juga difaxkan ke no. 04-3970 116 (Pejabat KeADILan P.Pinang) bagi penghantaran resit rasmi penerimaan sumbangan program.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: