
YB Law melakukan sepak mula bagi merasmikan Pertandigan Futsal

DSAI turut turun memberi sokongan pada program AMK

Exco AMKNPP bersama YB Law



YB Law melakukan sepak mula bagi merasmikan Pertandigan Futsal

DSAI turut turun memberi sokongan pada program AMK

Exco AMKNPP bersama YB Law


Setelah 9 bulan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Biro Politik Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKNPP) telah mengadakan satu kunjungan ke pejabat exco-exco yang dibawah Parti Keadilan Rakyat pada 16 Disember 2008.
Biro politik AMKNPP telah menemui YB Malik Kassim dan YB Law Choo Kiang secara berasingan untuk berbincang serta bertukar pandangan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat P.Pinang.
AMKNPP juga turut menawarkan diri untuk membantu exco-exco kerajaan negeri dalam memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan.
Kami berterima kasih kepada YB Malik dan YB Law Choo Kiang yang sudi meluangkan masa mendengar pandangan serta bertukar-tukar pendapat serta idea untuk rakyat Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, pihak AMKNPP gagal mengadakan pertemuan dengan TKM1, YB Fairus kerana beliau tidak berada di pejabat kerana terdapat program di luar.
Namun begitu, AMKNPP akan mengatur juga satu pertemuan diantara Biro Politik AMKNPP dengan TKM1, YB Fairus.

Exco AMK Pusat Sdr Zulkifli Ibrahim dan Naib Ketua AMKNPP, Sdr Amir Ghazali bersama Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar & Tebatan Banjir, YB Law Choo Kiang berbual-bual sebelum perbincangan di jalankan di pejabat beliau.

Sesi perbincangan YB Exco bersama Biro politik AMKNPP

Pemangku Ketua AMKNPP, YB Ong Chee Wen bersama Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, YB Abdul Malik Kassim.
YB Abdul Malik menyambut baik kunjungan & perbincangan bersama AMKNPP
Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1429 Hijrah kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Semoga kita semua menginsafi diri dan menyelami erti pengorbanan.
Pengorbanan dalam menuntut Keadilan. Selama 10 tahun berkorban demi menegakkan keadilan, ramai rakan2 yang terpaksa mengundur diri, memperlahankan langkah dalam perjuangan akibat pengorbanan yang diberikan turut mengorbankan pekerjaan, pendapatan, rumah tangga dan lain2 lagi.
Kepada mereka yang baru menyertai KeADILan, diharap agar tidak mendabik dada, meminggirkan pejuang2 asal keadilan yang terkorban.
Kepada ADUN dan Ahli Parlimen (AP) KeADILan, jalankanlah tugas anda dengan baik, jujur dan amanah. Rakyat telah memberi mandat kepada anda untuk menjadi wakil rakyat di kawasan anda.
AMK Pulau Pinang telah berikrar di dalam konvensyen AMK Pulau Pinang pada bulan Mei yang lalu, bersetuju untuk menjadi mata dan telinga serta memantau prestasi kerja ADUN & AP di setiap daerah.
Aduan serta maklum balas dari bahagian akan AMK Pulau Pinang dapatkan untuk membantu YB2 PKR dalam memastikan aduan / rungutan rakyat agar dapat diselesaikan.
AMK Pulau Pinang telah meminta ketua2 amk di bahagian2 merancang program bersama YB di KADUN masing2.
AMK Penang juga akan membuat teguran kpd Yb2 untuk memastikan mereka bergerak aktif.
Sekian, Terima Kasih.